Rumah Mampu Milik, BN buat bawah 300k, PH buat atas 300k!!

Dato’ Razlan Rafii

Adakah Menteri Wilayah Persekutuan menyebelahi Pemaju DAP apabila mahu melaksanakan pembangunan rumah mampu milik dengan harga bermula RM300k.

Ahli Parlimen DAP yang merah mata melihat pembangunan yang dibuat semasa zaman BN dengan harga dibawah 300k telah berjaya meyakinkan Khalid Samad untuk melaksanakan Pembangunan Rumah Mampu Milik di ATAS harga RM300k.




Khalid berkata, setiap unit Residensi Wilayah akan dibina dengan keluasan 900 kaki persegi (83.61 meter persegi) dan ditetapkan pada harga bermula RM300,000, walhal kerajaan Barisan Nasional yang lepas mampu menyediakan unit-unit residensi berharga kurang dari RM300,000

Rakyat Ibukota sekali lagi akan ditindas oleh kerajaan PH apabila melakukan pembangunan yang dikatakan Mampu milik namun yang sebenarnya akan menjadi Mampu Tengok, semasa zaman BN, semua rumah Mampu Milik di KL, Putrajaya dan Labuan dijual dengan harga bawah RM300k malah ada banyak yang berharga dibawah RM198k.

Setelah GST dihapuskan dan diperkenalkan SST sepatutnya Khalid boleh melaksanakan pembangunan rumah mampu milik dengan harga lebih murah, namun apa yang Rakyat Ibu Kota dapat adalah peningkatan terus harga rumah malah kos sara hidup juga terlalu tinggi, Kerajaan PH selalu menjanjikan harga yang murah namun hakikatnya sekarang mereka lebih bersikap kapitalis yang mengcekit darah rakyat M40.

Saya tahu, dibelakang Khalid adalah Ahli Parlimen DAP yang rakus mahu merebut kekayaan Ibukota, sekiranya tidak kenapa harga rumah ini boleh lebih tinggi daripad zaman BN.

Kerakusan memerah darah rakyat B40 sepaturnya tidak terjadi apabila kerjaan PH sering kali melaungkan mahu memgurangkan kos sara hidup.

Khalid juga berkata beliau merancang  pembangunan semula flat 4 tingkat, saya nak maklumkan pada beliau bahawa beliau boleh melawat flat Krinchi yang sudah siap didiami, dimana pada satu ketika dahulu PH memainkan Politik Ganas mengengkang pembangunan flat ini.

Ikut sahajalah apa yang Kerajaan BN laksanakan, semua sudah tersedia.

Loading...
Ini bukti Pembangunan Seri Labuan yang @KhalidSamad cadangkan

Bak kata pepatah, lembu punya susu, sapi dapat nama.

Kan senang kalau Khalid cakap “kami teruskan apa yang di rancang oleh BN?”

Datuk Razlan Rafii
Mantan Ketua Pemuda WP
Naib Ketua UMNO Bahagian Seputeh



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...