GERAKAN BANGSA NASIONAL (GBN)
Gerakan Bangsa Nasional (GBN) Sabak Bernam akan menganjurkan rumah terbuka sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri bersama kumpulan veteran UMNO di Pekan Bagan Terap bermula jam 7.00 malam ini di lokasi berikut:
No 1, Pekan Bagan Terap,
45300 Sungai Besar,
Selangor
Majlis tersebut akan dirasmikan oleh Pengerusi GBN Sabak Bernam, saudara Abdul Razak Dato’ Mohd Ghazali, dan turut akan dihadiri Pengerusi Bersama GBN pusat, saudara Rosdzaman Dato’ Mohd Yusop.
Majlis tersebut akan disusuli dengan satu sidang live di Facebook Raggie Jessy Rithaudeen bermula lebih kurang pukul 10 malam di mana kedua-dua Abdul Razak dan Rosdzaman akan menyampaikan mesej kepada rakyat bersama dengan wakil daripada kumpulan veteran UMNO.
GBN mengalu-alukan penduduk di sekitar kawasan Sabak Bernam ataupun sesiapa sahaja yang berada di kawasan untuk hadir bersama memeriahkan majlis kami.
Akhir kata, kami di GBN mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua warga Malaysia yang beragama Islam dan berharap agar sambutan ini memberi makna yang mendalam kepada umat Islam secara amaya.
Sebarang pertanyaan boleh dirujuk kepada Raggie Jessy Rithaudeen di no telefon berikut:
+60164049082
Sekian, terima kasih
