Raggie Jessy Rithaudeen
رومه تربوك مب قدح چچه 50 ريبو اورڠ، رومه تربوك ڤي عيم كورڠ سمبوتن
UNTUK BERITA TERKINI, SERTAI TELEGRAM TTF DI SINI
Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri yang dianjurkan kerajaan negeri Kedah dibanjiri orang ramai dengan sebuah portal melaporkan dianggarkan 50 ribu lebih hadirin pada majlis tersebut.
TONTON: RUMAH TERBUKA MB KEDAH CECAH 50 RIBU ORANG, RUMAH TERBUKA PM KURANG SAMBUTAN, MEMALUKAN
TONTON JUGA: SAMBUTAN ‘MEMALUKAN’ BAGI EVENT ANWAR DI KEDAH WALAUPUN SITI NURHALIZA, AMY SEARCH HADIR
Manakala itu, Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri yang dianjurkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kedah hari ini kurang mendapat sambutan, dengan sumber menganggarkan tujuh ribu lebih pengunjung menghadiri majlis tersebut.
Malam semalam, Anwar turut menganjurkan program Madani di Kedah dan menjemput artis popular Siti Norhaliza dan Amy Search untuk memeriahkan majlis itu.
Namun, acara tersebut turut tidak mendapat sambutan memberangsangkan, dan sumber menganggarkan kurang dua ribu pengunjung menghadiri majlis tersebut sekalipun adanya Siti dan Amy Search.
Sementara itu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sah memulakan ‘kempen’ pilihan raya pada majlis Madani semalam dengan berjanji isu air di Kedah akan diselesaikan sekiranya gandingan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional menang.
Angka kehadiran rumah terbuka PM disuiting berdasarkan anggaran terkini
