Rumusan: Keputusan PRN Sabah – Analisa ringkas, padu, tepat

Tonton juga penjelasan di sini (KLIK SINI): Rumusan: Keputusan PRN Sabah – analisa ringkas, padu, tepat

Raggie Jessy Rithaudeen

Rumusan PRN Sabah:

1. Sentimen “Sabah for Sabahan,” atau “tolak parti semenanjung & undi parti lokal” berjaya.




2. BN merosot 57%, dari 14 kerusi kepada 6 kerusi.

3. PH merosot 87%, dari 8 kerusi kepada 1 kerusi.

4. PN merosot 91%, dari 11 kerusi kepada 1 kerusi.

5. Penolakan PN adalah “total” : 36 daripada 48 calon hilang deposit (88%, berbanding hanya 27% di belah BN dan 9% di belah PH), dan undi popular PN paling rendah berbanding semua blok.

6.Oleh sebab 8 daripada 10 ahli politik GRS yang di kaitkan dengan skandal rasuah dalam ‘pendedahan’ Albert Tei menang, dan PH di ketahui bekerjasama dengan GRS, dakwaan ini tidak menjadi faktor kekalahan PH.

9. Ini juga bukan referendum menolak kepimpinan pusat, kerana PH bekerjasama dengan GRS, namun GRS tetap mengatasi Warisan.

10. BN dan PN berkongsi segmen pengundi sama, iaitu Muslim bumiputrra (termasuk Melayu-Islam).

Loading...

11. Namun, PN hilang sokongan segmen ini dalam skala terlalu besar, berbanding BN, yang kekal utuh di beberapa kawasan dan jauh mengatasi PN, secara keseluruhan.

Trend perosotan sokongan terhadap PN ini juga mirip perosotan sokongan terhadap PN di banyak PDM pada PRK Ayer Kuning, dan sedikit mirip PRK Mahkota.

12. Calon tunggal PN yang menang, Aliakbar, merupakan Adun yang dilantik sebelum PRN oleh Hajiji, dan beliau tegar menyokong GRS di bawah kepimpinan Hajiji.

13. Ini dipercayai adalah faktor utama yang menjadi punca beliau menang pada PRN baru-baru ini.

14. Apa pun, elok PRN Melaka diawalkan untuk menilai trend di Semenanjung sebelum cetuskan PRU16 tahun depan.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...