روڤا-روڤاڽ، ڤرتي موافقة ناسيونل ددفتر ڤد 2019 دڠن اننوار موسى سباڬاي ڤريسيدن
Sebuah parti bergelar Muafakat Nasional sah wujud, dan presidennya tak lain tak bukan Tan Sri Annuar Musa.
Perkara ini didedahkan oleh Annuar Musa sendiri, yang berkata, pendaftaran MN diluluskan oleh Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 19hb September 2019.
Annuar mendedahkan sijik pendaftaran MN dan membayangkan akan bertanding atas tiket parti itu.
Untuk makluman, MN yang dimaksudkan oleh Annuar merupakan sebuah parti politik dan tidak sama dengan Muafakat Nasional yang dianggotai oleh UMNO dan PAS.

SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net
Sebelum ini, pemimpin PAS dan UMNO mendakwa MN itu tidak dapat didaftar kerana nama ‘Muafakat Nasional’ telah digunakan oleh pihak lain.
Jika Annuar meneruskan hasratnya untuk bertanding atas tiket MN pada PRU15, beliau sudah pasti akan dipecat daripada UMNO.
“Insya-Allah masih ada landasan untuk terus berkhidmat atas jalan kebaikan dan kebajikan, terutama mengajak kearah perpaduan dan penyatuan ummah. Islam dan umat Melayu harus kekal kuat dan berkuasa.
“Kita kuat jika bersatu padu.Berdiri dalam saf yg dipimpin dgn jelas halatuju, kepimpinan bermutu. Biarpun terbuang, harus kekal sebagai pejuang yg terbilang.” tulisnya dalam catatan Facebook.
RJ RITHAUDEEN