Rupa-rupanya ramai pemimpin Pakatan Harapan tak puas hati dengan MoU

Ramai pemimpin PH dan rakan lain dalam Warisan menyatakan rasa tidak berpuas hati dengan pemimpin mereka kerana menandatangani MoU bersama kerajaan. Sumber (gambar): Fail TTF

روڤا-روڤاڽ راماي ڤميمڤين ڤاكتن هارڤن تق ڤواس هاتي دڠن مواو

Timbalan Presiden Warisan, Darell Leiking sekali lagi mengkritik memorandum persefahaman (MoU) antara Pakatan Harapan (PH) dan kerajaan sambil menyatakan terlalu sedikit perubahan perjanjian itu ditandatangani.

Ahli Parlimen Penampang itu berkata, banyak isu melanda negara masih tidak berubah walaupun menandatangani perjanjian itu pada 5 Sept lalu.

Leiking sebelum ini berkata, pemimpin Warisan berdiri teguh di belakang presiden, Shafie Apdal dalam menolak MoU itu kerana mereka tidak mahu menjadi pembangkang yang lemah sehingga mereka menjadi tidak berkesan dalam peranan semak dan imbang.

Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berpendapat, Warisan mampu menyelesaikan isu-isu tertunggak ini jika menjadi sebahagian daripada kerajaan memerintah akan datang kerana masalah tersebut tidak wujud di Sabah.


KOTA KINABALU: Timbalan Presiden Warisan, Darell Leiking sekali lagi mengkritik memorandum persefahaman (MoU) antara Pakatan Harapan (PH) dan kerajaan sambil menyatakan terlalu sedikit perubahan perjanjian itu ditandatangani.

Ahli Parlimen Penampang itu berkata, banyak isu melanda negara masih tidak berubah walaupun menandatangani perjanjian itu pada 5 Sept lalu.




Beliau berkata, masalah berkaitan kaum, agama dan bahasa terus membelenggu negara dan ia bertentangan dengan janji yang dibuat.

“Mengapa isu-isu ini masih berterusan? Ini kerana kerajaan tahu mereka telah berjaya menundukkan rakan kita dalam pembangkang di peringkat persekutuan dan ini amat menyedihkan,” katanya ketika merasmikan mesyuarat tahunan bersama sayap Wanita, Pemuda dan Wanita Muda Warisan hari ini.

Beliau berkata, ramai pemimpin PH dan rakan lain dalam Warisan menyatakan rasa tidak berpuas hati dengan pemimpin mereka kerana menandatangani MoU itu.

Leiking sebelum ini berkata, pemimpin Warisan berdiri teguh di belakang presiden, Shafie Apdal dalam menolak MoU itu kerana mereka tidak mahu menjadi pembangkang yang lemah sehingga mereka menjadi tidak berkesan dalam peranan semak dan imbang.

Bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berpendapat, Warisan mampu menyelesaikan isu-isu tertunggak ini jika menjadi sebahagian daripada kerajaan memerintah akan datang kerana masalah tersebut tidak wujud di Sabah.

“Kita mesti kuat dan berusaha untuk memenangi sejumlah besar kerusi di Parlimen dan menjadi sebahagian daripada kerajaan dengan sesiapa yang mahu bekerjasama dengan kita selepas pilihan raya,” katanya.

Beliau meminta ahli Warisan membawa semangat perjuangan yang sama apabila ia melebarkan sayapnya ke Malaysia Barat.

Loading...

“Kita perlu bergerak ke peringkat nasional kerana rakyat di Semenanjung memerlukan kepimpinan dari Sabah. Mereka memerlukan kepimpinan yang ditunjukkan oleh Shafie yang merendah diri namun inovatif,” kata Leiking.

Beliau menambah, Warisan tidak akan terus kekal sebagai pembangkang selepas pilihan raya umum akan datang.

“Lebih baik kita menjadi kerajaan. Kita tidak bercadang untuk kekal menjadi pembangkang tetapi kita akan kembali kepada politik arus perdana sebagai sebahagian daripada kerajaan,” katanya.

Sumber:

WAJIB BACA:

MALAYSIAN POLITICS – THE UGLY AND BITTER TRUTH EVERYONE SHOULD KNOW (PART 1)

 



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...