Rupa-rupanya Zeti tahu RM2.6 bilion datangnya dari Putera Arab Saudi

 

Azaim bin Mohamad

Datuk Seri Najib Tidak bersalah dalam Isu 1MDB..

Berdasarkan maklumat yang di catit dalam “kertas siasatan terhadap Najib Razak” sepertimana yang diterbitkan dalam blog The Third Force, adalah di maklumkan bahawa Tan Sri Zeti Akhtar Aziz selaku Gabenor BNM pada waktu itu telah terlibat secara langsung semasa transaksi membawa masuk wang derma dari Arab Saudi dilakukan.

Menurut kertas siasatan tersebut, Zeti telahpun diberitahu oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak tentang ‘gift’ berbentuk derma yang bakal diterimanya dari Putera Saudi.

Bukti yang dipaparkan blog The Third Force jelas menunjukkan bahawa Zeti lah yang mencadangkan agar wang tersebut dimasukkan kedalam akaun Dato’ Sri Najib.

Berdasarkan perkembangan Ini, sudah tentu Zeti selaku Gabenor Bank Negara ketika itu tahu identiti penderma.

Namun demikian, pada hari ini, rakyat melontar fitnah bertubi-tubi dan menuduh beliau dalam isu ini. Bekas Perdana Menteri Mohd Najib Razak sudah menjadi seperti sampah dan kain buruk kepada sebahagian rakyat Malaysia yang mempunyai kepentingan politik dan yang sekadar ikut-ikutan. Tetapi Najib tidak pernah berbuat apa-apa kepada kita rakyat Malaysia.

Hampir menitis air mata apabila melihat keadaan di media sosial, rangkaian perbualan WhatsApp dan perbualan politik di kalangan sebahagian besar rakyat Malaysia yang mencerca, menghina, memfitnah dan menipu untuk memburukkan Mohd Najib.

Sumber: Dunia Harian

Comments

Comments