Ruslin: JPN minta PDRM siasat dakwaan beberapa pemilik akaun media sosial

Menurut Ruslin, JPN juga akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk pemantauan pemilik akaun yang menyebarkan maklumat tidak dipastikan kesahihannya yang boleh melahirkan kebimbangan kepada rakyat. Sumber (gambar): Utusan Online

Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Datuk Ruslin Jusoh, berkata pihak JPN membuat laporan polis berhubung dakwaan beberapa pemilik akaun media sosial mendakwa agensi itu sewenang-wenangnya mengeluarkan MyKad kepada warga asing.

“Ia membabitkan dua isu iaitu dakwaan lima individu warga China memiliki MyKad dan seorang wanita warga China juga memiliki MyKad yang menjadi tular di media sosial baru-baru ini.

Ruslin berkata, walaupun penjelasan sudah dibuat JPN menerusi beberapa kenyataan media sebelum ini, masih banyak persoalan timbul oleh masyarakat luar bahawa begitu mudah jabatan itu memberikan kewarganegaraan kepada warga asing.

“Sehubungan itu saya harapkan supaya pemilik akaun media sosial menghentikan segala tohmahan dan tuduhan kepada JPN yang mendakwa jabatan ini sewenang-wenangnya mengeluarkan dokumen kepada warga asing.


PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) membuat laporan polis berhubung dakwaan beberapa pemilik akaun media sosial mendakwa agensi itu sewenang-wenangnya mengeluarkan MyKad kepada warga asing.

Ketua Pengarah JPN, Datuk Ruslin Jusoh, berkata laporan dibuat pagi tadi di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya, kerana pihaknya mahu Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat siasatan menyeluruh mengenai dakwaan itu berikutan maklumat dikemukakan adalah tidak benar sama sekali.

“Ia membabitkan dua isu iaitu dakwaan lima individu warga China memiliki MyKad dan seorang wanita warga China juga memiliki MyKad yang menjadi tular di media sosial baru-baru ini.


“Isu lima individu warga China memiliki MyKad sudah menjadi tular sejak 2015 yang mana mereka ini adalah salah satu daripada sindiket pemalsuan kad pengenalan di Sabah.

“Kes itu juga sudah diserahkan kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2015 tetapi isu itu masih juga dimainkan oleh pemilik media sosial, terutama di Facebook dan Twitter.

“Selain itu, berhubung dakwaan seorang wanita warga China memiliki MyKad, ingin saya jelaskan wanita itu adalah isteri kepada warga Malaysia dan sudah berkahwin hampir 20 tahun.

“Wanita itu memohon kewarganegaraan berdasarkan Perkara 15(1) Perlembagaan Persekutuan dan kelayakan yang ada padanya membolehkan beliau diberikan penganugerahan kewarganegaraan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Ruslin berkata, walaupun penjelasan sudah dibuat JPN menerusi beberapa kenyataan media sebelum ini, masih banyak persoalan timbul oleh masyarakat luar bahawa begitu mudah jabatan itu memberikan kewarganegaraan kepada warga asing.

“Sebenarnya perkara ini tidak semudah dikatakan, yang mana dalam kes wanita China itu beliau telah berkahwin dengan warga Malaysia hampir 20 tahun dan turut memiliki MyPr iaitu Pemastautin Tetap yang dikeluarkan JPN.

“Sehubungan itu saya harapkan supaya pemilik akaun media sosial menghentikan segala tohmahan dan tuduhan kepada JPN yang mendakwa jabatan ini sewenang-wenangnya mengeluarkan dokumen kepada warga asing.

“Ini tidak benar sama sekali dan untuk rekod, kita tidak memilih mana-mana asal, keturunan atau warganegara untuk pemberian kewarganegaraan kerana proses itu berpandukan kepada peraturan jabatan yang ditetapkan mengikut Perlembagaan Persekutuan dan Akta Pendaftaran Negara 1959.

“Justeru, langsung tidak timbul isu begitu mudahnya JPN berikan kewarganegaraan kepada warga asing,” katanya.

Beliau berkata, untuk menjadi warganegara Malaysia, pemohon perlu memenuhi pelbagai syarat yang boleh dirujuk di laman web jabatan berkenaan dan mereka juga perlu melalui ujian Bahasa Melayu sama ada secara bertulis atau lisan mengikut kes.

Katanya, JPN juga akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk pemantauan pemilik akaun yang menyebarkan maklumat tidak dipastikan kesahihannya yang boleh melahirkan kebimbangan kepada rakyat.

Sumber:


FOLLOW ME ON TELEGRAM AND TWITTER:

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen (click here)

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...