Rusuhan #KerajaanGagal sah berlaku, polis menahan seorang lelaki

TTF menerima pengesahan bahawa kejadian berlaku di di sebuah lampu isyarat di Parit Raja, Batu Pahat, Johor. Sumber (gambar): World of Buzz

روسوهن #كراجأنڬاڬل صح برلاكو، ڤوليس مناهن سأورڠ للاكي

TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini

Hashtag #kerajaangagal telah menggegarkan media sosial Malaysia susulan rasa tidak puas hati para netizen terhadap cara kerajaan mentadbir urus negara dan menangani wabak Covid-19.

Menurut halaman Facebook Otai JOHOR, sekumpulan besar individu dilihat merusuh dengan sepanduk ‘Kerajaan Gagal’ yang besar dan tongkat berapi menyerupai ‘flare’ merah yang digunakan tentera.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Ismail Dollah berkata lelaki tempatan berumur 21 tahun itu ditahan ketika dipanggil untuk memberi keterangan mengenai kejadian di Balai Polis Parit Raja, Batu Pahat, kira-kira jam 8.30 malam tadi.

“Hasil siasatan awal mendapati kejadian tersebut berlaku di kawasan Parit Raja dan dipercayai kain yang dinaikkan semasa perhimpunan berkenaan adalah kain rentang sama yang digantung di jejantas berkenaan,” katanya dalam kenyataan malam tadi.


IPOH: Hashtag #kerajaangagal telah menggegarkan media sosial Malaysia susulan rasa tidak puas hati para netizen terhadap cara kerajaan mentadbir urus negara dan menangani wabak Covid-19.

Menurut halaman Facebook Otai JOHOR, sekumpulan besar individu dilihat merusuh dengan sepanduk ‘Kerajaan Gagal’ yang besar dan tongkat berapi menyerupai ‘flare’ merah yang digunakan tentera.




TTF menerima pengesahan bahawa kejadian berlaku di di sebuah lampu isyarat di Parit Raja, Batu Pahat, Johor.

Dalam pada itu, polis dikatakan menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan insiden rusuhan itu.

Menurut Malaysiakini, Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Ismail Dollah berkata lelaki tempatan berumur 21 tahun itu ditahan ketika dipanggil untuk memberi keterangan mengenai kejadian di Balai Polis Parit Raja, Batu Pahat, kira-kira jam 8.30 malam tadi.

Katanya, sebelum itu, polis telah dimaklumkan oleh orang awam mengenai penemuan kain rentang bertulis ‘Kerajaan Gagal’ yang digantung di sebuah jejantas Jalan Parit Raja menuju ke Ayer Hitam pada jam 11.04 pagi semalam.

Ekoran daripada itu, beberapa anggota katanya telah pergi ke lokasi dimaksudkan dan mendapati kain rentang tersebut telah diturunkan oleh orang awam.

“Namun tidak lama selepas itu, polis menerima pula aduan tentang satu video perhimpunan, pembakaran suar dan kejadian menaikkan kain rentang yang tertulis ‘Kerajaan Gagal’ tanpa mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) ditetapkan.

“Hasil siasatan awal mendapati kejadian tersebut berlaku di kawasan Parit Raja dan dipercayai kain yang dinaikkan semasa perhimpunan berkenaan adalah kain rentang sama yang digantung di jejantas berkenaan,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Loading...

Beliau menambah polis juga menerima beberapa laporan yang memaklumkan terdapat aktiviti Mat Rempit di kawasan terbabit dari jam 12 tengah malam semalam hingga 1 pagi.

Oleh itu, katanya, polis akan mempertingkatkan tindakan pencegahan dan penguatkuasaan di daerah itu khususnya kawasan Parit Raja.

THE THIRD FORCE

WAJIB BACA:

Setahun lebih berdepan Covid-19, mana ICU, hospital tambahan?



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...