Rusuhan kongres PKR: Polis tahan dua individu

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad, berkata dua individu terbabit yang juga ahli parti dari ibu negara dan Klang, Selangor, masing-masing berusia 29 dan 30 tahun. Sumber (gambar): Berta Harían Online

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad, berkata Polis menahan dua lelaki dipercayai terbabit insiden rusuhan pada Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR 2019 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.

Timbalan Ketua AMK, Muhammad Hilman Idham, dilaporkan mendakwa insiden rusuhan itu adalah ‘usaha terancang’ oleh pihak tertentu.

Tanpa mendedahkan mana-mana pihak yang disyaki terbabit, beliau mendakwa, ia diperkuat dengan kehadiran ‘kumpulan baju hitam’ yang dilihat sengaja melakukan sabotaj dan kekecohan.

Sementara itu, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam reaksinya pula menegaskan, pelaku dan dalang di sebalik kejadian itu tidak boleh dibiarkan terlepas.


AYER KEROH: Polis menahan dua lelaki dipercayai terbabit insiden rusuhan pada Kongres Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR 2019 di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad, berkata dua individu terbabit yang juga ahli parti dari ibu negara dan Klang, Selangor, masing-masing berusia 29 dan 30 tahun.




“Setakat ini, pihak polis menahan dua individu bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana terbabit insiden rusuhan sehingga menyebabkan dua individu cedera.

“Antara kecederaan dua individu berkenaan ialah luka dan pendarahan di bahagian dahi, mulut serta kepala,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Afzanizar berkata, tiga laporan polis turut dibuat di Balai Polis Ayer Keroh, termasuk satu oleh bekas Pengerusi Tetap AMK, Mizan Adli Mohd Noor.

Terdahulu, BH melaporkan insiden kekecohan itu tercetus apabila pihak keselamatan cuba menghalang Mizan Adli daripada memasuki dewan persidangan, pagi tadi.

Timbalan Ketua AMK, Muhammad Hilman Idham, kemudian dilaporkan mendakwa insiden rusuhan itu adalah ‘usaha terancang’ oleh pihak tertentu.

Tanpa mendedahkan mana-mana pihak yang disyaki terbabit, beliau mendakwa, ia diperkuat dengan kehadiran ‘kumpulan baju hitam’ yang dilihat sengaja melakukan sabotaj dan kekecohan.

Sementara itu, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam reaksinya pula menegaskan, pelaku dan dalang di sebalik kejadian itu tidak boleh dibiarkan terlepas.

Loading...

Menyifatkan tindakan pelaku kekecohan itu sebagai biadab, Anwar turut menggesa Lembaga Disiplin PKR memecat individu bertanggungjawab dalam insiden berkenaan.

Sumber:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...