RUU Anti Lompat tak boleh halang kerjaan tumbang, tak boleh tarik pengundi

Raggie Jessy Rithaudeen

رواو انتي لومڤت تق بوليه هالڠ كرجأن تومبڠ، تق بوليه تاريق ڤڠوندي

(video disertakan di bawah)

Dakwaan Mohamad Sabu kononnya Rang Undang-undang (RUU) Anti Lompat Parti mampu memastikan ramai keluar mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 adalah satu tafsiran yang agak tersasar.




Barangkali Mohamad Sabu tidak faham mesej yang disampaikan oleh hampir separuh pengundi berdaftar di Johor yang memboikot Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini.

Mereka yang terlibat dengan boikot ini sama ada tidak berpuas hati atau kecewa dengan “parti-parti alternatif” kerana gagal mewujudkan gabungan yang mampu memberi keyakinan bahawa pengkhianatan ala Langkah Sheraton tidak akan berulang.

Ya, rakyat mungkin marah dengan UMNO dan Kleptokrat, namun mereka lebih suka tinggal di rumah daripada keluar mengundi jika tidak ada “formula baharu” yang mampu mengelakkan berulangnya “rampasan kerajaan menerusi pintu belakang.”

Inilah mesej sebenar pengundi di Johor.

Mohamad Sabu perlu sedar, bahawa Rang Undang-undang (RUU) Anti Lompat Parti tidak mungkin menghalang pengkhianatan yang dilakukan oleh PPBM biarpun RUU ini diululuskan sebelum parlimen dibubarkan.

Ini kerana, sebuah parti yang menjadi sebahagian daripada blok kerajaan tetap boleh menarik sokongan terhadap Perdana Menteri pada bila-bila masa dan meruntuhkan kerajaan jika majoriti blok kerajaan tidak cukup kuat.

Rang Undang-undang (RUU) Anti Lompat Parti tidak mungkin menghalang pengkhianatan ini, dan selagi parti-parti alternatif tidak mampu memberi “formula baharu” yang boleh meyakinkan pengundi, ramai tidak akan keluar mengundi.

Loading...

Saya telah menjelaskan perkara ini dengan panjang lebar menerusi video di bawah (tonton di bawah atau klik di sini), di mana saya turut menjelaskan satu-satunya pilihan yang ada pada Perikatan Nasional:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...