
سه: اڬوڠ اكن برتمو سموا كتوا ڤرتي ڤوليتيك ميڠڬو اين
TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini
Biarpun pemimpin-pemimpin Barisan Nasional dan Gerakan mendakwa “tidak tahu” berhubung pertemuan Yang Di-Pertuan Agong dengan pemimpin-pemimpin parti politik, pertemuan ini disahkan berlaku bermula hari ini hingga Jumaat seperti yang dilaporkan.
Menurut laporan, empat pemimpin dijadualkan menghadap Seri Paduka, hari ini, manakala dua lagi esok dan seorang pada Jumaat.
Setakat hari ini, Istana Negara tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung pertemuan-pertemuan ini atau sebab ianya diadakan.
Isnin lalu, TTF memetik Ahli Jawatankuasa Tamat Darurat Khairuddin Abu Hassan sebagai berkata, Yang Di-Pertuan Agong berkenan untuk menerima majlis menghadap semua ketua daripada parti-parti politik, termasuk pembangkang.
PETALING JAYA: Biarpun pemimpin-pemimpin Barisan Nasional dan Gerakan mendakwa “tidak tahu” berhubung pertemuan Yang Di-Pertuan Agong dengan pemimpin-pemimpin parti politik, pertemuan ini disahkan berlaku bermula hari ini hingga Jumaat seperti yang dilaporkan.
Menurut laporan, empat pemimpin dijadualkan menghadap Seri Paduka, hari ini, manakala dua lagi esok dan seorang pada Jumaat.
Tun Dr Mahathir Mohamad selaku pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) dijadualkan menghadap Yang Di-Pertuan Agong esok.
Tan Sri Muhyiddin Yassin pula menghadap Yang Di-Pertuan Agong pagi ini, tetapi pertemuan itu adalah pertemuan lazim yang diadakan pada setiap Rabu sebelum mesyuarat Kabinet.
Setakat hari ini, Istana Negara tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung pertemuan-pertemuan ini atau sebab ianya diadakan.
Isnin lalu, TTF memetik Ahli Jawatankuasa Tamat Darurat Khairuddin Abu Hassan sebagai berkata, Yang Di-Pertuan Agong berkenan untuk menerima majlis menghadap semua ketua daripada parti-parti politik, termasuk pembangkang.
Istana Negara pada April lalu memaklumkan Seri Paduka berkenan menerima majlis mengadap berkenaan, namun ia akan diadakan pada tarikh dan waktu yang akan ditentukan kemudian.
Menurut sumber, pertemuan khas Raja-Raja Melayu akan diadakan seminggu selepas Seri Paduka bertemu dengan pemimpin parti politik minggu ini.
THE THIRD FORCE
WAJIB BACA:
LIVE 10 MALAM: KERAJAAN PN/BN – DI MANA SILAPNYA?
Loading...
