Sah: Kem Mahathir umum blok bebas bersama WARISAN, tanpa Pakatan Harapan

Tindakan Anwar dan PKR menentang pencalonan Mahathir sebagai Perdana Menteri bercanggah dengan consensus yang tercapai antara DAP, AMANAH, PKR, WARISAN dan kem Mahathir dalam satu mesyuarat tergempar PH Plus di ibu pejabat PKR. Sumber (gambar): Fail TTF

سه: كم محضير عموم بلوك بيبس برسام واريثن، تنڤا ڤاكتن هارڤن

Enam anggota parlimen PPBM yang setia kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan kekal bersama Warisan sebagai blok bebas.

Blok Mahathir turut memutuskan untuk tidak bergabung dengan Pakatan Harapan yang diketuai oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahupun bersama Perikatan Nasional yang diterajui oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Majlis Presiden Pakatan Harapan 6hb Julai lalu memutuskan untuk tidak menamakan Datuk Seri Shafie Apdal sebagai calon perdana menteri PH Plus biarpun perkara itu dipersetujui oleh DAP dan AMANAH menerusi sebuah mesyuarat tidak rasmi pada 5hb Jun 2020.

Mahathir kini dilihat tidak ingin bersama Anwar atau Pakatan Harapan dan lebih memberi penumpuan kepada penubuhan blok kuasa ketiga.


PETALING JAYA: Enam anggota parlimen PPBM yang setia kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan kekal bersama Warisan sebagai blok bebas.

Demikian menurut laporan berita Malaysiakini, yang turut melaporkan bahawa blok Mahathir tidak akan bergabung dengan Pakatan Harapan yang diketuai oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mahupun bersama Perikatan Nasional yang diterajui oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.




“Kami membuat keputusan untuk kekal bersama Warisan sebagai blok bebas di dalam dan di luar Parlimen. Kamitidak bergabung dengan mana-mana gabungan.

“Kami juga menentang sebarangusaha untuk menggantikan Speaker (Dewan Rakyat, Mohamad Ariff Md Yusof) dan akanmeneruskan usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin yang menubuh kerajaan yang tidak dipilih rakyat.

“Kami masih utama perjuangan asal kami iaitu menolak kembalinya kerajaan kleptokrasi,” katan mereka dalam satu kenyataan bersama, hari ini.

Majlis Presiden Pakatan Harapan 6hb Julai lalu memutuskan untuk tidak menamakan Datuk Seri Shafie Apdal sebagai calon perdana menteri PH Plus biarpun perkara itu dipersetujui oleh DAP dan AMANAH menerusi sebuah mesyuarat tidak rasmi pada 5hb Jun 2020.

Tindakan Anwar dan PKR menentang pencalonan Mahathir sebagai Perdana Menteri turut bercanggah dengan consensus yang tercapai antara DAP, AMANAH, PKR, WARISAN dan kem Mahathir dalam satu mesyuarat tergempar PH Plus di ibu pejabat PKR.

Mahathir kini dilihat tidak ingin bersama Anwar atau Pakatan Harapan dan lebih memberi penumpuan kepada penubuhan blok kuasa ketiga.

“Bagi pihak kami, mencalonkan Shafie sebagai perdana menteri adalah satu langkah positif yang perlu diambil.

Loading...

“Ia bukan sahaja kerana kita percaya dia akan berkeupayaan untuk mendapatkan sokongan majoriti tetapi juga satu langkah ke hadapan demi mempertingkat hubungan Semenanjung dan Sabah dan Sarawak,” kata mereka.

Kenyataan itu ditandatangani oleh Dr Mahathir selaku ahli parlimen Langkawi; Mukhriz mahatir (Jerlun), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muar), Dr Maszlee Malik (Simpang Renggam), Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu) dan Dr Shahruddin Salleh (Sri Gading).

Kecuali Shahruddin, keahlian mereka dalam Bersatu telah ditamatkan.

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...