SAH – KERJASAMA ZAHID-ANWAR-DAP ‘DIBOLEHKAN’, ZAHID TAK TOLAK

Raggie Jessy Rithaudeen

Pengumuman Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa Barisan Nasional bersedia untuk bekerjasama dengan mana-mana parti atau gabungan, bukan hanya Pakatan Harapan, merancakkan lagi desas desus Zahid dan Datuk Seri Anwar Ibrahim sedang bekerjasama (TONTON VIDEO BERDURASI 13 MINIT DI HUJUNG BAWAH UNTUK PENJELASAN PENUH, ATAU KLIK DI SINI).

Kenyataan Zahid turut bercanggah dengan sebab asal yang diberikan sebagai asas untuk menuntut pembubaran awal parlimen, iaitu Barisan Nasional akan menang Pilihan Raya Umum ke-15.




Kini, Zahid seolah-olah mengaku Barisan Nasional tidak akan menang dan terpaksa pertimbangkan kerjasama dengan parti atau gabungan lain, termasuk PKR, DAP dan AMANAH.

Kenyataan ini semestinya memarahkan akar umbi UMNO, yang selama ini disajikan dengan janji palsu “No Anwar, No DAP,” yang Zahid sendiri mungkiri apabila menzahirkan sokongan terhadap Anwar secara rahsia kepada Istana Negara.

Dalam Konvensyen MIC baru-baru ini, Zahid terang-terang mengaku bahawa PRU awal bersangkut paut dengan kes mahkamah yang dihadapinya dan mungkin dihadapi oleh kepimpinan parti-parti komponen Barisan Nasional selain UMNO.

Berikut merupakan alasan-alasan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Perhatikan sendiri bagaimana alasan dan motivasi Zahid untuk segerakan PRU15 sentiasa berubah-ubah:

11 Mac 2022: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mahu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan selepas memorandum persefahaman (MoU) bersama pembangkang tamat pada Julai kerana faktor ‘feel good’ (Barisan Nasional akan menang) yang kononnya dirasai rakyat.

22 Ogos 2022: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminta mana-mana pihak tidak menjadikan alasan bimbang Parlimen akan tergantung bagi menghalang PRU, bermakna beliau setuju PRU diadakan sekalipun Barisan Nasional kalah.

Loading...

Ini bermakna, Zahid tidak lagi merasai faktor ‘feel good’ dan tidak begitu yakin Barisan Nasional boleh menang, menandakan Zahid didorong oleh faktor lain apabila mendesak parlimen dibubarkan.

27 Ogos 2022: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa desakan untuk PRU15 disegerakan bukan kerana beliau takut kepada hukuman kes rasuah yang dihadapinya, tetapi kerana mandat rakyat perlu dihormati dan ini adalah suara ahli parti.

17 September 2022: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Barisan Nasional (BN) sanggup meredah banjir dan hujan lebat jika PRU15 diadakan tahun ini, mencadangkan beliau terdesak adakan PRU awal atas sebab selain yang dinyatakan sebelum ini.

19 September 2022: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi terus mendesak supaya parlimen dibubarkan secepat mungkin atas alasan musuh Barisan Nasional sedang memburukan gabungan itu.

10 Oktober 2022: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi secara terbuka berkata, kepemimpinan parti kompenan Barisan Nasional akan menghadapi perbicaraan jenayah sekiranya mereka tewas lagi dalam pilihan raya umum (PRU).

Bercakap pada Perhimpunan Agung MIC ke-76, Zahid mendakwa, PRU perlu bagi mengelakkan hal itu berlaku dan Barisan Nasional wajib mencapai kemenangan.

11 Oktober 2022: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendakwa pembangkang enggan menyerahkan kembali hak dan mandat rakyat untuk memilih sebuah kerajaan baharu kerana bimbang tidak dapat kekal sebagai kerajaan dan sanggup menyebabkan pembaziran untuk mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) secara berasingan gara-gara khuatir akan kehilangan kuasa.

Namun, Zahid lupa bahawa UMNO sendiri membazirkan dana dan memudaratkan ekonomi negara dengan mencetuskan beberapa pilihan raya negeri kecil sejak Langkah Sheraton, di samping bersekongkol dengan Bersatu dan beberapa ahli parlimen daripada PKR untuk meruntuhkan kerajaan mandate rakyat.

TONTON JUGA LIVE ASAL DI SINI



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...