Sahruddin: Pembentukan kerajaan PPBM, UMNO, PAS di Johor dibincang dahulu dengan Muhyiddin

Daripada 56 kerusi DUN Johor, DAP dan UMNO masing-masing mempunyai 14 kerusi, Bersatu 11 kerusi, Amanah sembilan kerusi, PKR lima, MIC dua dan PAS dengan satu kerusi. Sumber (gambar): Astro Awani

سهروددين: ڤمبنتوقن كراجأن ڤڤبم، امنو، ڤاس د جوهر دبينچڠ دهولو دڠن محي الدين

Gabungan kerajaan negeri Johor yang baharu akan dibentuk oleh UMNO, MIC, Bersatu, Pas dan serta beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti lain yang tidak dimaklumkan.

Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata gabungan tersebut akan berbincang bagi mencadangkan nama calon Menteri Besar baharu dalam masa terdekat.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menitahkan agar gabungan baharu membentuk kerajaan di negeri itu selepas menyaksikan 28 ADUN menyokong gabungan tersebut berbanding 26 ADUN yang memilih Pakatan Harapan (PH).

Setiausaha Sulit Sultan Johor, Datuk Jaba Mohd Noah berkata keputusan itu dibuat selepas Sultan Ibrahim berpuas hati pada sesi temu bual yang berlangsung pada Selasa di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan di Johor Bahru.


JOHOR BAHRU: Gabungan kerajaan negeri Johor yang baharu akan dibentuk oleh UMNO, MIC, Bersatu (PPBM), Pas dan serta beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada parti lain yang tidak dimaklumkan.

Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal berkata gabungan tersebut akan berbincang bagi mencadangkan nama calon Menteri Besar baharu dalam masa terdekat.




“Cadangan nama calon Menteri Besar akan dipersembahkan kepada Sultan Johor sebelum susunan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri yang baharu dilantik.

“Untuk negeri Johor kita berpandangan perlu menyegerakan pembentukan kerajaan negeri yang baharu dan perkara ini telah dibincangkan bersama Presiden Bersatu Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya dalam sidang media di kediaman rasminya di Saujana di sini, hari ini.

Dr Sahruddin berkata gabungan tersebut belum mempunyai sebarang nama dan turut melibatkan beberapa ADUN daripada parti lain.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menitahkan agar gabungan baharu membentuk kerajaan di negeri itu selepas menyaksikan 28 ADUN menyokong gabungan tersebut berbanding 26 ADUN yang memilih Pakatan Harapan (PH).

Setiausaha Sulit Sultan Johor, Datuk Jaba Mohd Noah berkata keputusan itu dibuat selepas Sultan Ibrahim berpuas hati pada sesi temu bual yang berlangsung pada Selasa di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan di Johor Bahru.

Daripada 56 kerusi DUN Johor, DAP dan UMNO masing-masing mempunyai 14 kerusi, Bersatu 11 kerusi, Amanah sembilan kerusi, PKR lima, MIC dua dan PAS dengan satu kerusi.

Sumber:

Loading...



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...