Saifuddin jangan terlalu angkuh, tanpa Mahathir PKR tak akan berjaya

Khairuddin Abu Hassan

صيفالدين جاڠن ترلالو اڠكوه، تنڤا محضير ڤقر تق اكن برجاي

Saifuddin Nasution jangan terlalu bersikap angkuh kerana parti PKR kini pun sudah lemah.

Kedudukan dan kekuatan PKR tidak lagi sehebat pada tahun 2018 kerana kini parti mereka sudah berpecah teruk.




Tolong jangan lupa sejarah kerana PKR menang dalam PRU14 kerana aura Tun Dr Mahathir Mohamad yang kuat serta kami semua pada waktu itu bertanding di bawah logo PKR.

Tanpa Tun Dr Mahathir Mohamad bergabung tenaga dengan PKR pada tahun 2018 sudah pasti parti mereka juga tidak boleh kecapi kemenangan seperti sekarang.

Ingatlah dulu PKR ada sokongan padu dari BERSATU dan dalam masa yang sama waktu itu parti PKR agak bersatu padu sesama pemimpin-pemimpin mereka.

Ketika Tun Dr Mahathir Mohamad memimpin pembangkang pada tahun 2018 Anwar Ibrahim masih merengkok dalam penjara.

Malahan dari tahun 1999 sehingga tahun 2018 kepimpinan Anwar Ibrahim terbukti gagal untuk merampas tampuk kerajaan di Putrajaya.

Kini kita semua mempunyai satu matlamat untuk menjatuhkan kerajaan UMNO dan BN buat selamanya.

Semua pihak harus mementingkan agenda untuk menguburkan UMNO serta BN buat selamanya kerana pemimpin-pemimpin korup UMNO tidak pernah insaf dan masih bersifat kleptokrats.

Loading...

Mana kita mahu kini yakni pembangkang berpecah sesama kita dan terus tewas ataupun kita harus gembleng tenaga ke arah mencapai kemenangan bagi membina semula ‘Malaysia Baharu?’

‘Tepuk dada tanyalah selera!!’ Mana lebih penting buat masa ini untuk kita semua?

Dalam agama Islam pun mengajar kita untuk bermaaf-maafan sesama semua pihak demi kebaikan.

Jika semua pihak tidak boleh bersatu di bawah semangat politik sekurang-kurangnya kita boleh mencapai hasrat rersebut di bawah payung agama.

Seandainya pembangkang berpecah sesama sendiri dan tewas pada PRU15 ini akan membawa erti kita akan kalah buat selamanya.

Sekali UMNO dan BN berpaut pada kuasa mereka akan terus berkuasa kerana pemimpin-pemimpin korup UMNO sanggup menyalahguna kuasa demi menjaminkan mereka terus berkuasa.

Tun Dr Mahathir Mohamad tidak takut pada PH tetapi meletakkan agenda kepentingan bagi membina ‘Malaysia Baharu’ di atas segalanya.

Nasib masa depan kesejahteraan rakyat lebih penting dari mementingkan ‘ego’ kita semua.

Pada realitinya, keseluruhan pembangkang harus balik ke meja rundingan bagi mencari formula terbaik untuk selamatkan Malaysia.

Pada tahun 2020 kita hilang kuasa kerana perbalahan dalaman PKR sehinggakan Azmin Ali menarik keluar sepuluh orang Wakil Rakyat PKR dan tidak lagi sokong kerajaan PH.

Atas dasar hilang majoriti di Dewan Rakyat Tun Dr Mahathir Mohamad tiada pilihan serta terpaksa  meletakkan jawatan mengikut lunas-lunas perlembagaan persekutuan.

Buat masa ini kita semua jangan lagi menoleh kebelakang tetapi mesti bersatu semula ke arah menjatuhkan UMNO terlebih dahulu.

Saya juga dari tahun 1998 telah hilang keyakinan pada Anwar Ibrahim dan tidak sealiran dengan Presiden PKR.

Tetapi dalam masa yang sama kepentingan bagi menyelamatkan bangsa serta negara harus diberikan keutamaan.

Tolong jangan bersikap angkuh kerana semua pihak termasuk Gerakan Tanah Air (GTA) mempunyai kekuatan yang tersendiri.

Kesepakatan sesama pembangkang akan  membawa berkat bagi menjaminkan kita bakal berjaya menubuhkan kerajaan di Putrajaya.

Yang penting untuk kita semua adalah agenda menghapuskan kerajaan korup yang boleh meruntuhkan negara yang tercinta ini.

Tun Dr Mahathir Mohamad amat realistik, pragmatik dan ikhlas untuk meletakkan agenda kepentingan rakyat jelata dari terus dinodai oleh UMNO.

Secara jujur saya amat menyokongi mana-mana daya-usaha murni bagi menghapuskan kerajaan kleptokrats dari terus berkuasa.

Perpecahan sesama pembangkang bukan saja merugikan kita semua tetapi apa yang lebih penting nasib masa depan negara juga akan terus tergugat sehingga kemungkinan kita tidak mampu untuk bangun semula.

Negara akan hancur lebur seandainya UMNO terus berkuasa.

Kita tidak mahu keseluruhan rakyat Malaysia bakal merempat di tanahair sendiri jika kerajaan kleptokrasi terus berkuasa.

Semua pihak harus izinkan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim duduk semeja untuk berunding demi kebaikan masa depan negara.

Berunding tidak membawa erti kita harus terus buat keputusan dan bersetuju secara ‘membabi buta.’

Apa yang lebih penting adalah perundingan sesama kita boleh mencari satu titik persamaan ke arah menghapuskan golongan kleptokrats dari terus berkuasa.

Buat masa ini semua pihak kena buang ‘ego’ masing-masing demi untuk selamatkan Malaysia terlebih dahulu.

Masa depan kesejahteraan negara dan rakyat mesti diutamakan.

Tidak ada masalah yang tiada boleh diselesaikan sekiranya semua bersikap ikhlas sesama kita.

Jika kita ‘menang jadi arang dan kalah jadi abu’ atau ‘menang sorak kampung tergadai’ tidak akan membawa sebarang munafaat langsung.

Kadang kala kita harus telan sesuatu yang pahit demi kepentingan masa depan bangsa serta negara.

Sudah sampai masanya untuk kita semua sekali lagi balik ke meja rundingan dan berpegang erat pada semangat 2018 sesama pembangkang.

Masa depan anak cucu kita harus difikirkan dari bersikap angkuh yang bakal menghancurkan negara.



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...