Saifuddin Nasution, Anwar Ibrahim disyaki bersekongkol runtuh ekonomi negara

Raggie Jessy Rithaudeen

انور إبراهيم، صيفالدين نساوتياون دشكي برسكوڠكول رونتوه ايكونومي نڬارا

Saya ingin membawa perhatian saudara saudari kepada sikap Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail yang kebelakangan ini kerap membangkitkan isu peralihan kuasa seolah-olah isu tersebut menjadi punca utama kelemahan pentadbiran Pakatan Harapan.




Alasan yang diguna pakai oleh penyokong tegar Datuk Seri Anwar Ibrahim, termasuk Saifuddin, ialah keengganan Tun Dr Mahathir Mohamad menetapkan tarikh peralihan kuasa membimbangkan para pelabur.

Alasan ini tidak masuk akal.

Pertamanya, isu peralihan kuasa ini mula-mula dibangkitkan kem Anwar tidak sampai tiga bulan selepas tamatnya Pilihan Raya Umum ke-14, di mana pada ketika itu, para pelabur sememangnya sudah berwaspada dengan pentadibiran persekutuan tanpa perlu dibangkitkan apa-apa isu.

Pada ketika itu, kerajaan pimpinan Pakatan Harapan merupakan sebuah kerajaan baru yang masih belum terbukti kemampuannnya dan giat diperhatikan oleh para pelabur dari dalam dan luar negara.

Apa yang membimbangkan pelabur-pelabur ini bukanlah siapa yang bergelar Perdana Menteri tetapi kemampuan kerajaan persekutuan menguruskan sosio-politik dan sosio-ekonomi negara.

Para pelabur mengambil sikap “tunggu dan lihat” dan mengelak daripada memberikan komitmen serius kepada pasaran tempatan hinggalah mereka yakin suasana politik dan ekonomi negara stabil dan diurus-tadbir dengan baik.

Tetapi kem Anwar tidak membenarkan pelabur-pelabur memperolehi keyakinan ini. Sekiranya benar penyokong Anwar berniat baik, sudah pasti mereka mengusulkan pelantikan beliau sebagai Menteri Kewangan bagi membantu Mahathir menguruskan kewangan negara berdasarkan pengalaman Anwar pada tahun 90-an.

Loading...

Ini tidak, mereka terus mengungkit-ungkit isu peralihan kuasa hampir setiap hari dan menekan Mahathir untuk mengisytiharkan tarikh peralihan kuasa biarpun tahu beliau hanya menjawat jawatan Perdana Menteri tidak sampai enam bulan.

Tindak-tanduk kem Anwar ini menyebabkan para pelabur beransur-ansur hilang keyakinan terhadap kemampuan jangka panjang kerajaan pimpinan Pakatan Harapan menguruskan ekonomi dan politik negara dengan baik.

Sebahagian daripada pelabur-pelabur ini mula mengalihkan dana pelaburan mereka ke negara lain kerana yakin akan berlaku satu ‘ledakan politik’ mengejut yang teramat besar yang mampu meruntuhkan terus daya saing Malaysia di arena antarabangsa.

Ya, begitu berkesan persepsi “ketidakstabilan politik” yang ditimbulkan kem Anwar hinggakan hampir kesemua wartawan asing yang menemuramah Mahathir mula menyoal beliau berhubung isu peralihan kuasa dan kerapkali bertanyakan kepadanya “bila nak letak jawatan.”

Kesemua ini memberikan kesan yang teramat buruk kepada prestasi ekonomi negara – jika dikaji, tidak ada sebab pun Anwar dan kumpulan penyokongnya memainkan “isu peralihan kuasa” melainkan niat Anwar adalah untuk meruntuhkan ekonomi negara.

Saya sebenarnya dari awal mengesyaki tindak-tanduk Anwar adakah untuk menimbulkan keresahan di kalangan para pelabur.

Saya diberitahu perkara ini dilakukan agar ekonomi negara terus merosot ke satu tahap yang akan ‘memaksa’ taikun-taikun dan persatuan-persatuan Cina menyokong agenda “mencantas Mahathir.”

Dengan dana beratus juta dari taikun-taikun ini, Anwar akan mampu ‘membeli’ sokongan majoriti ahli parlimen untuk bersamanya dengan alasan “taikun-taikun dan persatuan-persatuan Cina sudah bersama saya dan bersetuju saya dijadikan Perdana Menteri dengan serta-merta.”

Anwar kemudiannya boleh memberitahu kesemua ahli parlimen bahawa taikun-taikun ini bersetuju mengalirkan dana dalam jumlah tertentu untuk menstabilkan semula ekonomi negara dengan syarat beliau diangkat menjadi Perdana Menteri.

Tidak hairanlah jika ini yang sebenarnya dirancang oleh Anwar, kerana Anwar ini sememangnya ‘spesis’ yang sesat, kemaruk kuasa dan kedudukan.

Malah, saya ada diberikan maklumat tertentu oleh pihak yang teramat yakin niat Anwar dari awal adalah untuk meruntuhkan ekonomi negara bagi meraih sokongan penuh taikun-taikun Cina.

Apa yang merisaukan saya ialah tindakan Saifuddin menyeru kesemua enam wakil PKR dalam Majlis Presiden PH untuk membawa suara yang sama semasa membincangkan isu peralihan kuasa dan tarikh pengunduran Mahathir.

Bukankah Saifuddin ini masih bergelar seorang menteri? Bukankah tindakan seorang menteri menyokong pihak yang cuba memaksa Perdana Menteri berundur mempamerkan “sikap tidak yakin seorang menteri terhadap kepimpinan Perdana Menteri?”

Setahu saya, perkara ini tidak perlu dibincang di umum memandangkan Anwar sendiri pernah mengaku pengunduran Mahathir tertakluk kepada budi bicara Mahathir sendiri.

Jika ia pun Saifuddin ingin membicarakan pengunduran Mahathir, beliau sepatutnya berbuat demikian secara tertutup di kabinet ataupun di peringkat parti, bukannya di umum.

Saya hairan bagaimana Mahathir boleh membiarkan orang ini kekal sebagai menteri.

Bukankah seorang menteri yang berani ‘menghina’ Perdana Menteri dengan cara sebegini mampu bersekongkol dengan pihak-pihak tertentu untuk melumpuhkan ekonomi negara dan mengambil alih kuasa secara paksa?

Bersambung…



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...