Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris: Guan Eng ‘tak tahu’, Anwar enggan ulas, AMANAH ‘setuju bincang’

Setiausaha-Agung DAP merangkap Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata cadangan mengenai melaksanaan semula PPSMI memang ada dibangkitkan dalam mesyuarat kabinet. Sumber (gambar): Fail TTF

ساءين س دان ماتماتيك دالم بهاس ايڠڬريس: ڬوان اڠ ءتق تاهوء، انور اڠڬن اولس، أمانه ءستوجو بينچڠء

Sehingga kini, setiausaha agung DAP “tidak tahu menahu” apa sebenarnya yang dikatakan oleh Mahathir, manakala presiden PKR enggan mengulas berkenaan isu PPSMI.

Walaubagaimanapun, Anwar sempat membuat penetapan sendiri berhubung perlunya “perbincangan di peringkat kabinet” biarpun tidak terlibat dengan Kerajaan Persekutuan.

AMANAH pula menyuarakan rasa “tidak bersetuju” tetapi tidak menolak terus rancangan memperkenalkan PPSMI.

Kesemua ini membawa makna tidak ada seorang pun Ketua parti komponen Pakatan Harapan yang berani menolak penetapan Mahathir berhubung perlaksanaan PPSMI.


PETALING JAYA: Parti Amanah Negara (AMANAH) hari ini dilaporkan tidak bersetuju cadangan pelaksanaan semula Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang diumumkan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun, Pengarah Komunikasi AMANAH yang juga Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad, menegaskan parti itu terbuka untuk berbincang mengenainya, memandangkan cadangan berkenaan belum dibawa ke peringkat Kabinet.




Sementara itu, Setiausaha-Agung DAP merangkap Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, berkata cadangan mengenai melaksanaan semula PPSMI memang ada dibangkitkan dalam mesyuarat kabinet.

Ditanya bilakah hal itu dibangkitkan, Lim memberitahu, ia berlaku “beberapa ketika dulu”.

Bagaimanapun, ketika diminta mengulas lanjut perkata tersebut, setiausaha agung DAP itu tiba-tiba tidak pasti mengenai apa yang sebenarnya dinyatakan Mahathir.

“Adakah dia menyebut mengenai PPSMI? Saya perlu semak (perkara tersebut), kerana laporan itu boleh jadi salah.”

Semalam, beberapa pemimpina PKR giat memberi maklumbalas berhubung penetapan yang dibuat oleh Mahathir, dengan presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata isu berkenaan “akan dibincangkan di peringkat kabinet.”

Ketua Angkatan Muda Keadilan Selangor Mohd Najwan Halimi pula berkata dasar Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris merupakan “dasar lapuk warisan Kerajaan Barisan Nasional.”

Manakala itu, ADUN PKR dari Seberang Jaya Dr Afif Baharudin memetik resolusi pendidikan yang diluluskan oleh UNESCO sambil berkata pembelajaran matapelajaran terpenting di peringkat sekolah lebih sesuai diajar dalam Bahasa setempat.

Loading...

Kesimpulannya, sehingga kini, setiausaha agung DAP “tidak tahu menahu” apa sebenarnya yang dikatakan oleh Mahathir, manakala presiden PKR enggan mengulas berkenaan isu tersebut.

Walaubagaimanapun, Anwar sempat membuat penetapan sendiri berhubung perlunya “perbincangan di peringkat kabinet” biarpun tidak terlibat dengan Kerajaan Persekutuan.

AMANAH pula menyuarakan rasa “tidak bersetuju” tetapi tidak menolak terus rancangan memperkenalkan PPSMI.

Kesemua ini membawa makna tidak ada seorang pun Ketua parti komponen Pakatan Harapan yang berani menolak penetapan Mahathir berhubung perlaksanaan PPSMI.

THE THIRD FORCE



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...