Saksi: Zahid arah saya tandatangan cek kosong atas nama Yayasan Akalbudi

Mohd Samsuri Tun menandatangani cek-cek tersebut apabila diminta oleh Ahmad Zahid, yang merupakan seorang daripada pengasas Yayasan Akalbudi. Sumber (gambar): TTF

Seorang bekas ahli lembaga pemegang amanah Yayasan Akalbudi, Mohd Samsuri Tun, semalam memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah mengarahkannya menandatangani ‘cek kosong’ atas nama yayasan itu tanpa dimaklumkan tujuan kegunaan cek berkenaan.

“Cek-cek yang saya tandatangani ada cek kosong,” katanya semasa membacakan pernyataan saksinya pada perbicaraan hari kedua kes bekas timbalan perdana menteri itu yang menghadapi 47 pertuduhan jenayah melibatkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.

Mohd Samsuri, yang merupakan rakan persekolahan dan turut menuntut di universiti sama dengan Ahmad Zahid berkata, beliau juga diarahkan oleh Ahmad Zahid untuk menandatangani surat peletakan jawatannya sebagai pengarah Yayasan Akalbudi pada 4 April 2012.

“Saya diminta untuk meletakan jawatan kerana pihak bank memaklumkan bahawa atas alasan peribadi, saya tidak boleh menandatangani cek Yayasan Akalbudi. Saya hanya menerima arahan untuk meletakkan jawatan kerana berpendapat saya tidak ada penglibatan dan pengetahuan mengenai perjalanan dan aktitivi yayasan,” katanya.


KUALA LUMPUR: Seorang bekas ahli lembaga pemegang amanah Yayasan Akalbudi semalam memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah mengarahkannya menandatangani ‘cek kosong’ atas nama yayasan itu tanpa dimaklumkan tujuan kegunaan cek berkenaan.

Mohd Samsuri Tun, 66, yang kini ahli perniagaan berkata, beliau hanya menandatangani cek-cek tersebut apabila diminta oleh Ahmad Zahid, yang merupakan seorang daripada pengasas Yayasan Akalbudi.




“Sepanjang masa saya menjadi ahli lembaga pemegang amanah Yayasan Akalbudi, saya telah menandatangani cek-cek daripada yayasan itu secara pratandatangan, namun saya tidak tahu apa kegunaan cek tersebut.

“Cek-cek yang saya tandatangani ada cek kosong,” katanya semasa membacakan pernyataan saksinya pada perbicaraan hari kedua kes bekas timbalan perdana menteri itu yang menghadapi 47 pertuduhan jenayah melibatkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.

Mohd Samsuri, yang juga bekas pengarah Yayasan Akalbudi berkata, beliau tidak pernah terlibat dengan apa-apa aktiviti atas nama yayasan itu dan tidak pernah membincangkan mengenai aktiviti yang dilaksanakan oleh yayasan tersebut dengan Ahmad Zahid.

“Saya juga tidak pernah berbincang dengan Ahmad Zahid tentang perbelanjaan yang hendak dibuat dan perbelanjaan yang telah dibuat oleh Yayasan Akalbudi. Saya juga tidak pernah dirujuk dengan penyata akaun atau penyata kewangan yayasan tersebut,” katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Lee Keng Fatt.

Saksi pendakwaan keempat itu memaklumkan kepada mahkamah bahawa beliau tidak tahu Yayasan Akalbudi mempunyai dana berjumlah jutaan ringgit kerana tiada akses kepada penyata bank dan yayasan berkenaan juga tidak pernah membentangkan penyata kewangan tahunannya.

Mohd Samsuri, yang merupakan rakan persekolahan dan turut menuntut di universiti sama dengan Ahmad Zahid berkata, beliau juga diarahkan oleh Ahmad Zahid untuk menandatangani surat peletakan jawatannya sebagai pengarah Yayasan Akalbudi pada 4 April 2012.

“Saya diminta untuk meletakan jawatan kerana pihak bank memaklumkan bahawa atas alasan peribadi, saya tidak boleh menandatangani cek Yayasan Akalbudi. Saya hanya menerima arahan untuk meletakkan jawatan kerana berpendapat saya tidak ada penglibatan dan pengetahuan mengenai perjalanan dan aktitivi yayasan,” katanya.

Loading...

Kepada soalan peguam Datuk Ahmad Zaidi Zainal, yang mewakili Ahmad Zahid bahawa peletakan jawatan itu bukan atas arahan anak guamnya tetapi saksi menerima notis bankrap daripada pihak bank, Mohd Samsuri menjawab: Betul, tetapi Ahmad Zahid adalah bos saya, apa arahan yang diberikannya saya ikut. Kalau dia kata saya boleh sambung jawatan pengarah tanpa beri kuasa tandatangan cek, saya terima.

Ahmad Zaidi: Kamu tahu jika terima notis bankrap, kamu tidak boleh menandatangani cek. Datuk Seri Ahmad Zahid tidak suruh kamu ‘berhenti’ kalau kamu tidak terima notis berkenaan.

Mohd Samsuri: Betul.

Kepada soalan Ahmad Zaidi adakah saksi itu tahu tujuan asal penubuhan Yayasan Akalbudi adalah untuk amal jariah bagi membantu masyarakat, Mohd Samsuri menjawab: “Saya kurang pasti kerana sepanjang pengetahuan saya, yayasan ditubuhkan untuk mengutip dana bagi kegunaan UMNO terutamanya kawasan Bagan Datuk dan untuk karier politik Ahmad Zahid.

Mohd Samsuri berkata, beliau juga tidak tahu bahawa Ahmad Zahid memegang pelbagai jawatan tertinggi dalam beberapa buah syarikat termasuk Kretam Holdings Berhad.

Ahmad Zaidi: Adakah kamu tahu pada 1996 harga saham syarikat Kretam meningkat daripada RM1 seunit kepada kepada RM15.70 seunit.

Mohd Samsuri: Tak pasti.

Saksi itu juga tidak tahu bahawa dengan kenaikan saham itu, Ahmad Zahid memperoleh keuntungan yang banyak dan menyalurkannya kepada Yayasan Akalbudi.

Ahmad Zaidi: Adakah kamu tahu pendapatan bulanan Datuk Seri Ahmad Zahid pada 1996 adalah sebanyak RM120,000?

Mohd Samsuri: Ada kemungkinan.

Disoal Ahmad Zaidi adalah saksi tahu daripada RM120,000 itu hanya RM30,000 atau RM40,000 yang digunakan oleh Ahmad Zahid untuk tujuan peribadi, selebihnya dimasukkan ke dalam Yayasan Akalbudi, Mohd Samsuri menjawab: “Tidak pasti”.

Ahmad Zahid, 66, mengaku tidak bersalah terhadap 47 pertuduhan, dengan 12 daripadanya bagi pecah amanah (CBT), lapan bagi rasuah dan 27 bagi pengubahan wang haram melibatkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.

Sumber:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...