Salahguna kuasa dalam tawaran TM kepada Opcom

Dato’ Seri Mukhriz Mahathir menafikan bahawa beliau mempunyai sebarang kaitan dengan tawaran projek bernilai RM11.16 juta daripada Telekom Malaysia Bhd (TM) kepada pengeluar produk fiber optik, Opcom Holdings Bhd (OPCOM) berikutan sudah meletak jawatan dalam syarikat itu.

Mukhriz berkata, beliau tidak terbabit sama sekali dalam pengurusan syarikat berkenaan, namun masih mengekalkan pegangan saham yang dicagarkan kepada bank.

“Jadi apa jua keputusan dibuat OPCOM, saya tidak langsung terbabit mahu pun ambil tahu, ” katanya

TTF: Mana boleh tak ambil tahu, sedangkan segala apa keuntungan syarikat dari aktiviti yang melibatkan projek RM11.16 juta tersebut akan secara langsung menjadi milik bersama Mukhriz?

Bukankah keputusan Opcom menerima tawaran tersebut mempunyai konflik kepentingan, memandangkan TM dimiliki oleh Khazanah Nasional yang diterajui Dr Mahathir Mohamad, manakala Opcom pula diterajui anak beliau, Dato’ Mokhzani Mahathir?

Bukankah Dato’ Mokhzani Mahathir bersetuju menerima tawaran projek tersebut dalam kapasiti beliau sebagai CEO dan pengerusi Opcom?

Bukankah ini sejenis salahguna kuasa oleh Mahathir, memandangkan beliau gagal mengunakan kuasa yang ada padanya sebagai pengerusi Khazanah untuk mengarahkan TM supaya menarik balik tawaran tersebut?

Bukankah ini menimbulkan persoalan samada Mahathir sendiri bakal menerima sogokkan daripada anaknya apabila projek tersebut dijalankan kelak?

ALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menafikan beliau mempunyai sebarang kaitan dengan tawaran projek bernilai RM11.16 juta daripada Telekom Malaysia Bhd (TM) kepada pengeluar produk fiber optik, Opcom Holdings Bhd (OPCOM) berikutan sudah meletak jawatan dalam syarikat itu.

Mukhriz berkata, beliau tidak terbabit sama sekali dalam pengurusan syarikat berkenaan, namun masih mengekalkan pegangan saham yang dicagarkan kepada bank.

“Saya meletak jawatan (dalam OPCOM) sebelum menjadi Timbalan Menteri lagi pada 2009 dan perkara itu semua ada dalam pengisytiharan aset dan liabiliti kepada Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) dan SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia).

“Jadi apa jua keputusan dibuat OPCOM, saya tidak langsung terbabit mahu pun ambil tahu, ” katanya pada sidang media selepas melancarkan Sistem Online Syariah MyReCourt di di Wisma Darul Aman, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas dakwaan di laman sosial mengatakan OPCOM yang meraih projek TM bernilai RM11.16 juta mempunyai kaitan dengan Mukhriz dan keluarganya.

Pada masa sama Mukhriz berkata, pihaknya juga tidak mempunyai kuasa untuk mempengaruhi keputusan pihak TM yang menganugerahkan projek terbabit.

Sumber: Berita Harian Online

Comments

Comments