Salahuddin: AMANAH ingin lahirkan 50 pemuda mampu terajui negara

Menurut Salahuddin, daripada 500 pemimpin pemuda, kepemimpin parti itu akan menjadikan 50 daripada mereka menjadi pemimpin Melayu-Islam dengan kualiti untuk menjadi pemimpin negara. Sumber (gambar): Fail TTF

صلاح الدين: أمانه ايڠين لاهيركن 50 ڤمودا ممڤو تراجوي نڬارا

Parti Amanah Negara (AMANAH) ingin melahirkan sekurang-kurangnya 50 pemimpin pemuda parti yang mampu menerajui negara suatu hari nanti.

Timbalan presiden parti itu, Datuk Seri Salahuddin Ayub, berkata ketua pemuda parti itu Shazni Munir Mohd Ithnin ditugaskan untuk melaksanakan perkaderan terhadap 500 pemimpin pemuda parti itu.

Salahuddin turut memetik kepimpinan DAP yang berjaya melahirkan ramai tokoh muda berkaliber, dengan menamakan Anthony Loke, Hannah Yeoh dan Yeo Bee Yin sebagai contoh.

“Berapa umur Loke (Anthony)? 44 tahun. Bersama Loke lahir pemimpin seperti Hannah, Yeo.”


IPOH: Parti Amanah Negara (AMANAH) ingin melahirkan sekurang-kurangnya 50 pemimpin pemuda parti yang mampu menerajui negara suatu hari nanti.

Timbalan presiden parti itu, Datuk Seri Salahuddin Ayub, berkata ketua pemuda parti itu Shazni Munir Mohd Ithnin ditugaskan untuk melaksanakan perkaderan terhadap 500 pemimpin pemuda parti itu.




Daripada 500 pemimpin pemuda, kepemimpin parti itu akan menjadikan 50 daripada mereka menjadi pemimpin Melayu-Islam dengan kualiti untuk menjadi pemimpin negara.

“Sampai masanya, dalam 500 (pemuda) ini, saya mahu 50 orang bukan sekadar boleh memimpin Amanah, tapi memimpin negara.

“Yang pidatonya, ceramahnya, isinya, pemikirannya, perwatakan, pengetahuannya. Bukan kosong, bukan sampah. Bukan boleh diperlekeh.

“Boleh berdiri di mana-mana pentas. Boleh berbicara tentang asas ekonomi boleh bicara tentang falsafah kenegaraan,” katanya sepertimana yang dilaporkan oleh Malaysiakini.

Salahuddin turut memetik kepimpinan DAP yang berjaya melahirkan ramai tokoh muda berkaliber, dengan menamakan Anthony Loke, Hannah Yeoh dan Yeo Bee Yin sebagai contoh.

“Berapa umur Loke (Anthony)? 44 tahun. Bersama Loke lahir pemimpin seperti Hannah, Yeo.

“Saya dapat maklumat dari kumpulan cendekiawan Melayu yang sangat sensitif tentang Melayu, tapi mereka cakap pada saya bila tengok Yeo, Loke, Hannah, dia kata ini bukan lagi DAP.

Loading...

“Ini wajah baru DAP, pada umur 40-an, mereka boleh bercakap tentang ekonomi, sains dan teknologi, falsafah kenegeraan dan perlembagaan.

“Pemuda kalau mahu diangkat, mesti raih penghormatan, jangan terlalu meminta,” katanya.

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...