Salahuddin: Kekal atau gugur Menteri hak mutlak Perdana Menteri

Salahuddin menyifatkan keputusan merombak Jemaah Menteri itu adalah kuasa prerogatif Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Sumber (gambar): Fail TTF

Anggota Majlis Presiden PH, Datuk Seri Salahuddin Ayub memberitahu pemberita bahawa tiada rombakan Kabinet dibincangkan dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) susulan peletakan jawatan Dr Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan.

Menurutnya, sebagai ketua kerajaan, Dr Mahathir juga seorang yang berpengalaman dan terpulang kepada Perdana Menteri untuk menentukan menteri dalam Kabinetnya.

“Segala kemungkinan (rombakan Kabinet) boleh berlaku namun dalam menentukan setiap menteri itu perlu dikekalkan atau digugurkan itu hak mutlak Dr Mahathir.

“Perkara ini tidak dibincangkan pada Mesyuarat Majlis Pimpinan Presiden Pakatan Harapan sebelum ini. Saya sendiri sebagai anggota Kepimpinan Tertinggi dalam Pakatan Harapan,” katanya hari ini.


SHAH ALAM: Tiada rombakan Kabinet dibincangkan dalam Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) susulan peletakan jawatan Dr Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan.

Anggota Majlis Presiden PH, Datuk Seri Salahuddin Ayub memberitahu pemberita ketika diminta mengulas kemungkinan berlaku rombakan Kabinet dalam tempoh terdekat.




Salahuddin yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu turut menyifatkan keputusan merombak Jemaah Menteri itu adalah kuasa prerogatif Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurutnya, sebagai ketua kerajaan, Dr Mahathir juga seorang yang berpengalaman dan terpulang kepada Perdana Menteri untuk menentukan menteri dalam Kabinetnya.

“Segala kemungkinan (rombakan Kabinet) boleh berlaku namun dalam menentukan setiap menteri itu perlu dikekalkan atau digugurkan itu hak mutlak Dr Mahathir.

“Perkara ini tidak dibincangkan pada Mesyuarat Majlis Pimpinan Presiden Pakatan Harapan sebelum ini. Saya sendiri sebagai anggota Kepimpinan Tertinggi dalam Pakatan Harapan,” katanya hari ini.

‘Dr Maszlee tak sedih, mahu tumpu Simpang Renggam’

Isu rombakan Kabinet kembali menjadi tumpuan rakyat beberapa hari ini susulan peletakan jawatan Maszlee selepas beliau mengemudi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) selama 20 bulan.

Ada beberapa nama menteri dikatakan bakal digugurkan susulan beberapa isu berkaitan kementerian masing-masing yang menimbulkan reaksi kurang senang dalam kalangan rakyat.

Loading...

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Salahuddin berkata, beliau menyerahkan keputusan itu kepada Perdana Menteri dan akan terus menjalankan tanggungjawab yang telah diamanahkan.

“Kita sebagai menteri berazam melakukan yang terbaik tetapi penilaian selama setahun setengah dalam Kabinet itu kita pulangkan kepada Perdana Menteri.

“Perdana Menteri yang mempunyai hak untuk menilai baik buruknya dengan apa yang kita diberikan. Apabila tamat tempoh penggal rakyat pula akan menentukan dan memberikan penilaian mereka.

“Itu bagi saya adalah proses yang biasa dan tidak ada perkara pelik dengan apa yang berlaku baru-baru ini (peletakan jawatan Maszlee sebagai menteri pendidikan),” katanya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Muhammad Faiz Fadzil pula berpandangan soal rombakan Kabinet perlu diserahkan kepada Majlis Presiden PH dan Perdana Menteri.

Faiz Fadzil yang merupakan Ahli Jawatankuasa Parti Amanah Negara (Amanah) itu turut menyifatkan tindakan Maszlee adalah perkara biasa dalam pentadbiran kerana tiada krisis atau skandal yang berlaku dalam PH.

“Saya mendoakan selamat maju jaya kepada Maszlee dan percaya beliau akan terus berkhidmat kepada kerajaan untuk sama-sama membangunkan negara kerana sumbangan beliau selama ini cukup cemerlang,” katanya.

Sumber:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...