صلاح الدين – خبر اڠين دون جوهر موڠكين بوبر ميڠڬو دڤن اتاو سلڤس تاهون بارو چينا
Spekulasi kononnya Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor akan dibubarkan dalam masa terdekat mungkin jadi kenyataan selepas sambutan tahun baru Cina.
Menurut Malaysiakini, perkara itu dimaklumkan oleh Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub, yang berkata dia mendapat maklumat bahawa kerajaan negeri sedang bersedia ke arah pembubaran DUN.
Menurut Salahuddin, terdapat khabar angin bahawa pembubaran DUN Johor akan berlaku minggu depan atau selepas tahun baru Cina.
Spekulasi pembubaran DUN Johor bermula tidak lama selepas kematian Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian, yang turut merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas.

“Politik Johor ini, boleh saya anggap sekarang ini panas. Khabar angin semakin kuat untuk pilihan raya negeri diadakan, ialah semua orang tahu majoriti mereka tinggal satu sahaja selepas Allahyarham Osman Sapian meninggal dunia dan mana mungkin kerajaan dari segi kestabilan boleh hidup dengan hanya satu majoriti.
SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net
“Jadi, saya membaca begitulah, memang banyak info dalaman yang mengatakan semacam telah ada persediaan untuk DUN Johor ini dibubarkan.
BACA: ANWAR TAKUT KALAH DI JOHOR
“Mungkin dalam tempoh terdekat ini (bubar) sebab mereka hanya menangguhkan (pembubaran DUN Johor) kerana takut rakyat menempelak mereka dalam kesibukan atau kesedihan akibat suasana banjir yang berlaku di seluruh negara dan minggu lepas berlaku di Johor,” katanya sepertimana yang dilaporkan oleh Malaysiakini.
Menurut Salahuddin, terdapat khabar angin bahawa pembubaran DUN Johor akan berlaku minggu depan atau selepas tahun baru Cina.
Spekulasi pembubaran DUN Johor bermula tidak lama selepas kematian Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian, yang turut merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas.
Disebabkan itu, Barisan Nasional dan Perikatan Nasional mempunyai sejumlah 28 kerusi, yang memberikan mereka majoriti satu kerusi berbanding Pakatan Harapan (27 kerusi).
THE THIRD FORCE
WAJIB BACA:
Kantoi lagi: Fitnah kononnya Mahathir rasis melantun balik kat Najib – Orang Cina bukan bodoh
Loading...