Salahuddin: PH Plus dalam proses muktamadkan calon Perdana Menteri

Salahuddin dilaporakan berkata tiada tempoh tertentu ditetapkan untuk membuat keputusan pencalonan, dan hanya mengatakan mesyuarat akan diadakan dalam masa terdekat. Sumber (gambar): Fail TTF

صلاح الدين: ڤه ڤلوس دالم ڤروسيس معتمدكن چالون ڤردان منتري

Pakatan Harapan Plus (PH Plus) masih belum memutuskan secara konklusif siapa bakal bergelar “calon Perdana Menteri Malaysia ke-9.”

Selasa lalu, DAP, Amanah dan Warisan bersetuju menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri Malaysia ke-9 dan Anwar Ibrahim sebagai timbalannya.

Sebelum itu, pada 9hb Jun, kepimpinan PH Plus mengadakan mesyuarat tergempar di ibu pejabat PKR dan dikhabarkan bersepakat dalam menamakan calon Perdana Menteri gabungan berkenaan.

Menurut sumber dalaman dari PPBM, kemajuan yang dicapai menerusi perbincangan tersebut “amat positif.”

“PH Plus sudah ada calon (Perdana Menteri), dan perkara ini akan dimaklumkan kemudian. Keputusan nampaknya sepakat, diterima baik semua,” katanya.


PETALING JAYA: Pakatan Harapan Plus (PH Plus) masih belum memutuskan secara konklusif siapa bakal bergelar “calon Perdana Menteri Malaysia ke-9.”

Demikian menurut laporan Malaysiakini, yang memetik Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub, sebagai berkata nama calon berkenaan seharusnya diumumkan hari ini.




“Kita boleh sebut begini la, meeting in progress. Ok, still waiting. Still tunggulah kita akan membuat keputusan dalam masa terdekat,” Salahuddin dilaporakan berkata.

Beliau turut dilaporakan berkata tiada tempoh tertentu ditetapkan untuk membuat keputusan tersebut, dan hanya mengatakan mesyuarat akan diadakan dalam masa terdekat.

Selasa lalu, DAP, Amanah dan Warisan bersetuju menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri Malaysia ke-9 dan Anwar Ibrahim sebagai timbalannya.

Setakat yang TTF dimaklumkan, DAP dan AMANAH “tidak menamakan Anwar” sebagai calon kerana maklum Mahathir memiliki sokongan blok yang agak besar melibatkan WARISAN dan sebilangan tertentu ahli-ahli parlimen UMNO, PPBM dan Sarawak.

Sebelum itu, pada 9hb Jun, kepimpinan PH Plus mengadakan mesyuarat tergempar di ibu pejabat PKR dan dikhabarkan bersepakat dalam menamakan calon Perdana Menteri gabungan berkenaan.

Menurut sumber dalaman dari PPBM (kemudian daripada ini dirujuk sebagai KZ), kemajuan yang dicapai menerusi perbincangan tersebut “amat positif.”

“PH Plus sudah ada calon (Perdana Menteri), dan perkara ini akan dimaklumkan kemudian. Keputusan nampaknya sepakat, diterima baik semua,” katanya.

Loading...

Mesyuarat berkenaan dipengerusikan presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan dihadiri bersama presiden WARISAN, Datuk Seri Shafie Apdal serta Mahathir.

Turut hadir bersama presiden AMANAH, Mohamad Sabu, setiausaha umum DAP, Lim Guan Eng dan wakil-wakil lain dari PKR, AMANAH dan PPBM, termasuk Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

“Seperti yang Mahathir maklumkan dahulu, masanya tidak sesuai lagi untuk (diadakan) Pilihan Raya Umum ke-15.

“Tetapi jika PAS atau UMNO ingin cetuskan Pilihan Raya Umum, Mahathir bersedia, tidak khuatir. Ini yang saya tahu.

“Semua bersedia, calon pun sudah ada,” dakwa KZ.

THE THIRD FORCE

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...