Salinan rasmi surat mengesa KPD Subang Jaya menyiasat fitnah RM90 juta Ambiga

Raggie Jessy Rithaudeen

Pada pukul 3.30 petang semalam, bersamaan hari Jumaat, 1hb Mac 2019, saya telah menghadirkan diri ke Ibu Pejabat Polis (IPD) di Subang Jaya (SJ), Selangor bagi menghulurkan sepucuk surat (lihat bawah) yang ditujukan khas kepada Ketua Polis Daerah Subang Jaya, YDH ACP Risikin bin Hj. Satiman.

 


Seperti yang telah saya maklumkan, tujuan saya mengutuskan surat tersebut adalah bagi meminta jasa baik ACP Risikin untuk tidak melengahkan masa lagi dan memulakan siasatan polis terhadap Dato’ Ambiga Sreenevasan berdasarkan satu laporan polis yang telah saya buat di IPD tersebut pada 9hb Febuari 2019.

Sebaik selepas menyerahkan surat tersebut, saya telah membuat satu liputan langsung menerusi Facebook Raggie Jessy Rithaudeen bersama seorang wakil dari Pergerakan Bugis Bangkit dari luar perkarangan IPD SJ.

Dalam liputan tersebut (lihat bawah), saya telah memberikan pencerahan terperinci berkenaan hal-hal yang bersangkut dengan fintah dana RM90 juta oleh Clare Rewcastle Brown dan Ambiga, fitnah pembayaran RM1.4 juta oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Clare serta skandal Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang yang melibatkan Lim Guan Eng.

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...