Salleh Said Keruak
1. Senarai barisan kepimpinan pakatan pembangkang yang diumumkan semalam menimbulkan tanda tanya.
2. Ini kerana antara tiga jawatan tertingginya—Ketua Umum, Pengerusi dan Presiden, tidak dinyatakan siapakah yang mempunyai kuasa eksekutif dan kata putus terakhir dalam pembuatan keputusan.
3. Satu lagi pertanyaan ialah kenapa DAP tidak memegang salah satu jawatan tertinggi, sedangkan DAP mempunyai bilangan Ahli Parlimen terbanyak dalam Pakatan ini?
4. Apakah DAP dipinggirkan atau ini sengajakan supaya pakatan ini dilihat sebagai didominasi oleh orang Melayu?
5. Biar apapun strategi pakatan pembangkang, kemunculannya tetaplah tidak sama dengan BN yang telah teruji kerjasama antara kaumnya dan sikap tolak ansur pemimpinnya tanpa mengabaikan prinsip-prinsip parti.
6. Sebaik sahaja mengumumkan barisan baru kepimpinannya, pakatan pembangkang ini telahpun memberikan janji politik yang hendak dilakukan dalam tempoh 100 hari setelah berkuasa.
7. Daripada terus berjanji, adalah baik bagi pakatan pembangkang ini menamakan dahulu Perdana Menteri pilihan mereka. Pelik rasanya apabila ditanya hal ini oleh pemberita, Pengerusinya menjawab: kita isytiharkan PM kelapan dahulu. PM ketujuh kita tentukan kemudian.
8. Dengan barisan kepimpinan pakatan pembangkang yang sebegini, bolehkah kita memberi kepercayaan kepada mereka untuk menerajui negara? Tentunya tidak kerana masa depan negara bukanlah untuk diperjudikan.
Sumber: [email protected]
