Samada Suruhanjaya Pendaftaran (RoS) atau Perikatan Nasional sah menipu

Raggie Jessy Rithaudeen

سامادا سوروهنجاي ڤندفترن ﴿روس﴾ اتاو ڤريكتن ناسيونل صح منيڤو

Pada 10 Ogos lalu, naib presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Datuk Abdul Rashid Asari, mengesahkan Perikatan Nasional menghantar permohonan pendaftaran gabungan itu antara 3 hingga 7hb Ogos 2020.

Ketika membuat pengumuman itu, Rashid berkata permohonan itu “berada di tangan RoS” dan “akan diketahui dalam masa terdekat.”




Pada 18hb Ogos 2020 pula, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PPBM, Datuk Seri Mohd Redzuan Md. Yusof, mengesahkan sekali lagi bahawa permohonan pendaftaran Perikatan Nasional sudahpun dihantar kepada RoS dan beberapa pindaan perlu dilakukan sebelum gabungan itu diluluskan.

“Ya, kita sudah hantar untuk pendaftaran. RoS ada beri beberapa komen, contohnya saya difahamkan singkatan ‘PN’ telah diguna oleh satu pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain. Jadi, kita kena ubah, disarankan supaya kita letak Parti Perikatan Nasional.

“Perkara ini melibatkan isu pengurusan dan mereka (ROS) akan beritahu bila ia akan diluluskan,” katanya.

Ini bermakna, setakat 18hb Ogos 2020, status permohonan Perikatan Nasional di RoS adalah “dalam pertimbangan,” bukannya “diluluskan.”

Ianya turut bermakna RoS berkomunikasi secara aktif dengan PPBM berhubung status permohonan Perikatan Nasional dan hal-hal berkaitan.

Tetapi hari ini pula, pihak RoS memberitahu bahawa Perikatan Nasional didaftarkan pada 7hb Ogos 2020, iaitu minggu permohonan asal dibuat oleh Perikatan Nasional.

Jadi siapa yang menipu – RoS, PPBM atau Perikatan Nasional?

Loading...

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...