Saman Kelantan: Pusat silap buat perkiraan

Kerajaan pusat dianggap tersilap membuat perkiraan apabila memfailkan saman terhadap kerajaan Kelantan berhubung isu Orang Asli, meurt Menteri Besar Kelantan, Ustaz Dato’ Ahmad Yakub.

Ini kerana, katanya Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) mempunyai peranan menjaga kebajikan golongan berkenaan.

Menurutnya lagi, nasib Orang Asli turut dibela Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan dan Majlis Agama Islam dan Adat-istiadat Melayu Kelantan.


KOTA BHARU: Kerajaan pusat dianggap tersilap membuat perkiraan apabila memfailkan saman terhadap kerajaan Kelantan berhubung isu Orang Asli.

Menteri Besar, Ustaz Dato’ Ahmad Yakub turut menyifatkan tindakan saman itu hanya membuka ‘pekung di dada’ kerajaan Persekutuan sendiri.




Ini kerana, katanya Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) mempunyai peranan menjaga kebajikan golongan berkenaan.

“Sepatutnya mereka (Jakoa) menjadi ‘pengasuh’ untuk menguruskan kebajikan dan menyediakan infrastruktur.

“Kita hanya menyediakan tanah pertanian, kawasan rayau, tapak rumah dan sebagainya,” ujarnya selepas merasmikan Pelancaran Free Wifi di di Medan Ilmu hari ini.

Pada Jumaat lepas kerajaan Persekutuan memfailkan saman sivil terhadap kerajaan Kelantan kerana mendakwa menceroboh tanah Orang Asli suku Temiar di Pos Simpor Gua Musang.

Peguam Negara Tommy Thomas dilapor berkata saman itu dibuat kerana negara perlu melindungi kebajikan Orang Asli, walaupun tanah dan perhutanan di bawah kuasa kerajaan negeri.

Ustaz Ahmad berkata nasib Orang Asli turut dibela Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan dan Majlis Agama Islam dan Adat-istiadat Melayu Kelantan.

Sumber: Harakah Daily



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...