
Mohamed Haniff Khatri Abdulla
سامن يوسف راوتيهر: محكمه تولق ڤرموهونن بطل فرهسه، تونكو نسهرول، كيس دسبوت 20 مچ
Wahai Rakyat Malaysia yang prihatin,
AsSalamualaikum dan Salaam Sejahtera:
1. Pada bulan September 2019, YUSOFF RAWTHER telah failkan DUA (2) TINDAKAN berasingan terhadap pembantu – pembantu DS ANWAR IBRAHIM, iaitu:
(a) tuntutan TORT KECEDERAAN terhadap FARHASH, dan
(b) tuntutan TORT FITNAH terhadap TUNKU NASHRUL
2. Kedua-dua mereka, iaitu FARHASH dan TUNKU NASHRUL telah kemudiannya memfailkan PERMOHONAN di MAHKAMAH masing-masing untuk tujuan membatalkan beberapa bahagian di dalam TUNTUTAN YUSOFF RAWTHER yang menyentuh nama dan perkara berkaitan DS ANWAR IBRAHIM yang muncul di dalam kes terhadap mereka masing-masing.
3. Pada hari ini, 19.02.2020 MAHKAMAH SESYEN SHAH ALAM di dalam kedua-dua kes berasingan itu telah MENOLAK PERMOHONAN PEMBATALAN mereka masing-masing, iaitu FARHASH dan TUNKU NASHRUL dan menetapkan tarikh lanjut SEBUTAN pada 20.03.2020, bagi tujuan kesemua pihak memfailkan kertas-kertas kausa yang perlu sebelum MAHKAMAH menetapkan tarikh BICARA kelak.
DEMI AGAMA DAN NEGARA TERCINTA
