
Raggie Jessy Rithaudeen
Ketua Pemuda UMNO Dr Akmal Salleh dilaporkan mahu Muafakat Nasional dihidupkan semula untuk satukan Melayu-Islam, dan seruan beliau disambut baik oleh beberapa pemimpin PAS.
Persoalannya:
1. Kenapa Akmal—demi penyatuan dan demi menjunjung Titah Diraja—tidak mengajak PAS dan Bersatu sertai kerajaan perpaduan, sejajar dengan Titah cadangan Al-Sultan Abdullah selepas PRU15?
2. Bukankah penyertaan PAS dan Umno dalam kerajaan perpaduan akan mewujudkan blok kepimpinan Melayu-Islam terbesar dalam sejarah dengan majoriti selesa?
3. Bukankah ini penyatuan menyeluruh dalam ertikata sebenar, tanpa mengira ideologi parti, baik Umno, PAS, Amanah mahupun PKR?
4. Bukankah ini mewujudkan blok kepimpinan Melayu bersatu yang memiliki kuasa untuk memelihara dan meningkatkan lagi kemartaban Agama, Bangsa, Raja dan negara?
5. Bukankah blok ini mampu menangkis ‘ancaman’ mana-mana musuh Agama, Bangsa dan Negara, termasuk DAP yang sesetengah pihak terdesak cuba jenamakan sebagai ‘ancaman’?
6. Bukankah MN tidak mampu mencapai penyatuan sebegini dari luar blok kerajaan, lebih lebih lagi memandangkan MN dikhususkan kepada Umno dan PAS, yang terang-terang tidak mahu libatkan Amanah dan PKR atas alasan perbezaan ideologi (yang sememangnya merupakan dogma politik barat)?
7. Bukankah ini lebih kepada “penyatuan parti-parti politik berkepentingan,” bukannya ‘penyatuan Melayu-Islam’ dalam ertikata sebenar?
8. Sampai bila pemimpin Melayu hendak tunggang penyatuan Melayu-Islam?
