Samseng jalanan cederakan anggota polis kena empat tuduhan

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sarif, berkata hasil siasatan mendapati, suspek yang memandu kereta jenis Toyota Harrier, disyaki marah kepada mangsa yang memotong kenderaannya. Sumber (gambar): Fail TTF

سمسڠ جالنن چدراكن اڠڬوتا ڤوليس كنا امڤت تودوهن

Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas empat pertuduhan, termasuk mencederakan anggota polis menggunakan cota besi di Kampung Atas Pinggir dekat sini, pada Isnin minggu lalu.

Tertuduh, Mohd Zamri Mustafa, 45, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan, sejurus pertuduhan terhadapnya dikemukakan di hadapan Majistret Muhammad Yusoff Abdullah.

Akhbar sebelum ini melaporkan, berang kereta yang dipandunya dipotong, seorang lelaki berusia 45 tahun bertindak luar kawalan apabila dengan melanggar dan menghimpit kenderaan jenis Perodua Kancil sehingga terbabas ke dalam parit.

Malah, suspek turut memukul mangsa yang juga pemandu Perodua Kancil berusia 36 tahun, menggunakan besi di Jalan Kampung Atas Pinggir, Bunut Susu, di sini, jam 12.30 tengah hari.


PASIR MAS: Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas empat pertuduhan, termasuk mencederakan anggota polis menggunakan cota besi di Kampung Atas Pinggir dekat sini, pada Isnin minggu lalu.

Tertuduh, Mohd Zamri Mustafa, 45, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan, sejurus pertuduhan terhadapnya dikemukakan di hadapan Majistret Muhammad Yusoff Abdullah.




Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Hakimie Ab Hadi, manakala tertuduh diwakili peguam.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didapati membawa senjata berbahaya di tempat awam tanpa kebenaran iaitu sebatang cota besi di Kampung Atas Pinggir, Bunut Susu jam 12.30 tengah hari pada Isnin lalu.

Tertuduh boleh dihukum mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958 yang boleh dipenjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 10 tahun.

Bagi pertuduhan kedua di lokasi dan tarikh yang sama, tertuduh didapati sengaja mencederakan seorang lelaki berusia 36 tahun dengan menggunakan cota besi.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan terbabit mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Pertuduhan ketiga dan keempat pada tarikh dan lokasi sama jam antara 12 hingga 12.30 tengah hari, tertuduh didakwa mengambil dadah jenis methamphetamine dan memandu SUV jenis Toyota Harrier di bawah pengaruh dadah menyebabkan kecederaan pemandu kereta, Mohd Ridwan Mohd Rosli, 36.

Mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 17 Mei tarikh sebutan semula kes.

Loading...

Akhbar sebelum ini melaporkan, berang kereta yang dipandunya dipotong, seorang lelaki berusia 45 tahun bertindak luar kawalan apabila dengan melanggar dan menghimpit kenderaan jenis Perodua Kancil sehingga terbabas ke dalam parit.

Malah, suspek turut memukul mangsa yang juga pemandu Perodua Kancil berusia 36 tahun, menggunakan besi di Jalan Kampung Atas Pinggir, Bunut Susu, di sini, jam 12.30 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sarif, berkata hasil siasatan mendapati, suspek yang memandu kereta jenis Toyota Harrier, disyaki marah kepada mangsa yang memotong kenderaannya.

Sumber:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...