Sandiwara terkini Anwar Ibrahim…

Raggie Jessy Rithaudeen

Usul percaya terhadap kerajaan pimpinan Perikatan Nasional yang dicadangkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sandiwara semata-mata, bertujuan untuk menimbulkan persepsi kononnya beliau sudah berjaya memiliki sokongan majoriti ahli-ahli parlimen dan bersedia untuk menerajui kerajaan.

Anwar, yang pada awalnya bersetuju dengan kepimpinan Pakatan Harapan untuk menolak Belanjawan 2021, membuat pusingan U pada saat terakhir apabila melarang ramai Ahli Parlimen dari blok pembangkang daripada terlibat dengan undi belah bahagi pada 26hb November 2021.




Tindakan beliau memarahkan ramai pemimpin Pakatan Harapan dan menyebabkan Belanjawan 2021 diluluskan dengan begitu mudah di peringkat dasar.

Apabila ditanya, Anwar memberi alasan kononnya langkah itu adalah bagi memberi peluang kepada kerajaan meminda sebahagian daripada Rang Undang-Undang Perbekalan sebelum undian terakhir diadakan setelah pembacaan ketiga pada 15hb Disember 2020.

Ini satu pembohongan.

Hakikatnya, Anwar tidak berani membenarkan Belanjawan 2021 ditolak pada peringkat dasar kerana gagal mengumpulkan Surat Akuan Bersumpah dalam bilangan yang mencukupi untuk melayakkan dirinya sebagai calon Perdana Menteri.

Anwar khuatir, seandainya belanjawan ditolak dan beliau masih tidak memiliki sokongan majoriti, Tun Dr Mahathir Mohamad akan menjadi Perdana Menteri dengan sokongan Team B (UMNO), DAP, AMANAH, Sabah, Sarawak, GPS dan beberapa Anggota Parlimen dari PPBM.

Justeru, Anwar sanggup menunggu kerana tahu masih ada peluang untuk menumbangkan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin seandainya beliau boleh mengumpulkan Surat Akuan Bersumpah dalam bilangan yang mencukupi sebelum undian terakhir belanjawan.

Atas sebab itulah beliau tiba-tiba mengusulkan undi percaya terhadap kerajaan pimpinan Perikatan Nasional.

Loading...

Dengan berbuat demikian, Anwar berharap ahli-ahli parlimen yang masih ragu-ragu terhadapnya akan percaya beliau sudah memiliki sokongan majoriti dan terus menandatangani Surat Akuan Bersumpah bagi menyokong pencalonannya sebagai Perdana Menteri.

Cuba saudara saudari berfikir, jika benar Anwar memiliki sokongan majoriti dan yakin boleh menumbangkan kerajaan pimpinan Perikatan Nasional, mengapa minta untuk diadakan usul percaya?

Mengapa tidak menunggu sahaja pengundian akhir Belanjawan 2021, yang hanya tinggal beberapa hari, untuk mengusir kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin?

Logiknya, jika Perikatan Nasional jatuh sebelum tarikh pengundian belanjawan, belanjawan itu sudah pasti akan menjadi tidak relevan.

Apakah itu tidak sama dengan menolak Belanjawan 2021 pada 15hb Disember 2020 untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin?

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...