Sarawak bankrap: Adakah Guan Eng begitu bebal dan jahil?

Saya tidak menjangka bahawa anak Lim Kit Siang itu sanggup mengeluarkan kenyataan yang bukan sahaja tidak berasas, tetapi juga tidak bertangungjawab. Sumber (gambar): Fail TTF

Awang Bolkiah Ali

Tidak sukar dibaca, mengapa Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengeluarkan kenyataan, Sarawak bakal muflis dalam tempoh tiga tahun.

Perkiraan Setiausaha Agung DAP itu begitu simplistik atau mudah.

Ketika menghadiri majlis makan malam anjuran DAP Sarawak di Kuching malam kelmarin, Guan Eng mengingatkan rakyat Sarawak bahawa negeri ini mungkin bankrap dalam tempoh tiga tahun di GPS.

Beliau berkata, dengan belanjawan tahunan sebanyak RM11 bilion, rizab RM30 bilion Sarawak akan kering dalam masa tiga tahun.


Tambahnya, negeri itu mungkin mengalami nasib seperti Kelantan, yang menyaksikan kerajaan negeri berkenaan tidak mampu membayar gaji kakitangannya kerana pentadbiran yang lemah.

“Mereka terpaksa meminjam wang daripada kerajaan persekutuan bagi membayar gaji kakitangan dan saya meluluskan RM20 juta untuk tujuan tersebut,” kata setiausaha agung DAP itu lagi,bagai tidak berfikir panjang.

Berdasarkan kadar perbelanjaan RM11 bilion, mengikut perkiraan mudah Guan Eng, maka simpanannya akan habis dalam tempoh tiga tahun.

Saya tidak menjangka bahawa anak Lim Kit Siang itu sanggup mengeluarkan kenyataan yang bukan sahaja tidak berasas, tetapi juga tidak bertangungjawab.

Terus terang, itu kenyataan berbaur politik dengan agenda politik di belakangnya.

Saya tidak percaya Guan Eng sebagai Menteri Kewangan begitu bebal dan jahil.

Dengan kenyataan itu, bermaksud, dalam tempoh tiga tahun, Sarawak langsung tidak mempunyai sebarang pendapatan. Hakikatnya, Sarawak juga meraih pendapatan daripada pelbagai jenis cukai dan hasil lain.

Lagipun, saya tidak percaya Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, begitu naïf. Sebagai pemimpin politik berpengalaman luas, saya amat percaya bahawa Abang Johari tahu berapa banyak wang masuk, dan berapa banyak wang perlu dibelanjakan.

Dalam kenyataan yang sama, Guan Eng berkata, kalau GPS terus memerintah Sarawak, maka sarawak akan muflis. Maksudnya, Sarawak perlu diperintahkan oleh PH.

Sudah terang lagi bersuluh, inilah tujuan sebenar mengapa Guan Eng mengeluarkan kenyataan itu.
Adakah bagi beliau, kuasa segala-galanya dalam politik?

Beliau kelihatannya berpegang kepada prinsip tujuan menghalalkan cara. Betapa tidak, kenyataan itu memang amat negatif dan memberi kesan buruk.

Ia bertujuan untuk menakut-nakutkan rakyat Sarawak.

Kalau begitulah cara beliau buat kiraan, saya risau Malaysia akan berdepan kesukaran dan masalah dari segi ekonomi.

Tidak masuk akal, kalau ikut perkiraan Guan Eng, Sarawak hanya berbelanja dalam tempoh berkenaan, tanpa sesen pun masuk ke kantungnya.

Kita tak usah berpolitik dalam kes ini. Kita perlu bercakap berdasarkan fakta dan hujah benar.

Dengan cukai jualan lima peratus, Sarawak dijangka meraih pendapatan tambahan lebih RM3 bilion pada tahun ini.

Kalaupun Sarawak berbelanja, ia bukan untuk projek mewah, tetapi projek pembangunan yang memberi kesan limpahan positif kepada rakyat, terutama di luar bandar.

Ingat, sekitar 70 peratus daripada bajet sekitar RM11 bilion itu adalah untuk pembangunan. Pada perkiraan terakhir, ini akan membawa manfaat jangka panjang kepada rakyat Sarawak.

Tetapi Menteri Kewangan itu lupa kenyataan sedemikian juga dapat menyebabkan pelabur takut untuk datang ke Sarawak. Atau memang ini agenda jahat Guan Eng? Adakah Guan Eng mahu melihat rakyat Sarawak menderita?

Rakyat Sarawak berang dengan kenyataan Menteri Kewangan Lim Guan Eng yang meramalkan, negeri ini akan muflis dalam tempoh tiga tahun.

Memang mereka wajar marah atas kenyataan yang boleh disifatkan bebal itu.

Kenyataan beliau itu lebih bersifat kenyataan politik untuk memancing undi.

Untuk itu, semalam, Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah menyelar kenyataan Guan Eng itu.

“Tanpa Sarawak, Malaysia boleh bankrap. Sebagai Menteri Kewangan, dia patut tahu,” tegasnya.

Abdul Karim berkata sekiranya pengurusan kewangan negeri Sarawak tidak berhemah, ia tidak mampu untuk mengumpul wang simpanan kerajaan negeri sehingga mencecah RM30 billion.

Takkan Guan Eng tidak tahu bahawa agensi penarafan antarabangsa telah memberi penarafan kredit baik kepada Sarawak sejak 15 tahun yang lalu.

Pada tahun lalu, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengumumkan bahawa hasil negeri bagi 2019 dijangka mencecah RM10.51 bilion, termasuk daripada cukai jualan ke atas produk petroleum sebanyak RM3.84 bilion.

Guan Eng sebagai Menteri Kewangan juga perlu tahu bahawa rizab Sarawak dijangka bertambah RM122 juta pada akhir tahun ini.

Sebagai Menteri Kewangan Guan Eng tak harus terlalu bermain politik sehingga lupa akan kesan negatif kenyataan sedemikian.

Sumber:

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...