Satu lagi fitnah terhadap kerajaan BN dulu telah diperbetulkan

Najib Razak

Alhamdulillah, satu lagi fitnah sebelum PRU14 terhadap kerajaan BN dulu telah diperbetulkan.

Timbalan Menteri Kementerian Dalam Negeri Deputy Home Minister Mohd Azis Jamman mengesahkan di dalam Dewan Negara bahawa jumlah kes bangsa India tanpa kewarganegaraan di Malaysia ialah 3,853 dan bukan 300,000 seperti didakwa oleh ramai pemimpin PH sebelum ini.

Faktanya, 1,638 daripada 3,853 kes-kes ini juga telah diselesaikan di bawah kerajaan BN pimpinan saya dahulu.

Saya sentiasa memberi keutamaan supaya untuk bertindak adil terhadap semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum. Kita tidak pernah mengabaikan hak-hak mereka jika mereka benar-benar layak untuk mendapat kewarganegaraan.

Walaupun saya dan pemimpin-pemimpin MIC telah memberi penjelasan angka sebenar banyak kali namun kita sering dituduh sebagai menipu oleh beberapa pemimpin-pemimipin PH kaum India yang tegas bahawa jumlah kes melebihi 300,000.

Mereka menggunakan isu ini sebagai isu utama untuk membuat demonstrasi dan dalam ceramah-ceramah untuk menaikkan kemarahan kaum India terhadap kerajaan BN.

Kini, ramai dari pemimpin-pemimpin PH yang memainkan isu ini telah dilantik menjadi menteri dalam kerajaan baru.

Dengan pendedahan kerajaan PH mereka sendiri tentang jumlah kes yang benar, adakah pemimpin-pemimpin PH ini akan meminta maaf kerana telah” tersalah kira” dua tempat titik perpuluhan?

Comments

Comments