Saya akan hadirkan diri di IPD Subang Jaya 3.30 pentang ini

“Sepertimana yang telah saya janjikan, pada pukul 3.30 petang hari ini, bersamaan hari Jumaat, 1hb Mac 2019, saya akan hadirkan diri di Ibu Pejabat Polis (IPD) di Subang Jaya, Selangor bagi menghulurkan sepucuk surat yang ditujukan kepada Ketua Polis Daerah Subang Jaya, YDH ACP Risikin bin Hj. Satiman.

“Tujuan saya mengutuskan surat ini adalah bagi meminta jasa baik ACP Risikin untuk tidak melengahkan masa lagi dan memulakan siasatan polis terhadap Dato’ Ambiga Sreenevasan berdasarkan satu laporan polis yang telah saya buat di IPD tersebut pada 9hb Febuari 2019.

“Sebaik selepas menyerahkan surat tersebut, saya akan membuat satu liputan ringkas menerusi Facebook Raggie Jessy Rithaudeen dari luar perkarangan balai bersama ahli kumpulan Bugis Bangkit.

”Dalam liputan itu, saya akan terangkan mengapa surat tersebut terpaksa diserahkan dan bagaimana ianya berkait rapat dengan Peguam Negara, Tommy Thomas”

RJ Rithaudeen

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...