‘Saya bersyukur dapat hidup sampai umur 94 tahun’

Dr Mahathir mencatat sejarahnya tersendiri apabila dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia buat kali kedua selepas Pakatan Harapan (PH) menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada 9 Mei 2018. Sumber (gambar): Fail TTF

ءساي برشكور داڤت هيدوڤ سمڤأي عمور 94 تاهونء

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menzahirkan kesyukuran apabila umurnya kini sudah mencecah 94 tahun, lebih lama daripada jangkaan beliau.

“Saya bersyukur saya dapat hidup lebih lama berbanding yang saya jangkakan. Saya fikir 75 tahun sudah cukup pada saya tapi sekarang saya sudah 94 tahun, ini adalah bonus dan saya sangat bersyukur.

“Ini adalah satu perkara yang saya tidak boleh dapat macam itu sahaja. Tapi saya dapat hidup selama ini, saya fikir saya patut gunakan hidup saya sebaiknya sebab ini adalah bonus buat saya,” katanya.

Tambah Ahli Parlimen Langkawi itu, beliau juga bersyukur melayari alam perkahwinan selama 60 tahun dengan seorang sahaja isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menzahirkan kesyukuran apabila umurnya kini sudah mencecah 94 tahun, lebih lama daripada jangkaan beliau.

Menurutnya, umur yang panjang sebegitu merupakan bonus buatnya.




“Saya bersyukur saya dapat hidup lebih lama berbanding yang saya jangkakan. Saya fikir 75 tahun sudah cukup pada saya tapi sekarang saya sudah 94 tahun, ini adalah bonus dan saya sangat bersyukur.

“Ini adalah satu perkara yang saya tidak boleh dapat macam itu sahaja. Tapi saya dapat hidup selama ini, saya fikir saya patut gunakan hidup saya sebaiknya sebab ini adalah bonus buat saya,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas ditanya perkara yang paling disyukurinya ketika menyertai sesi sidang video atas talian, Creative Talk Show anjuran Creative Cloud Community pada Rabu.

Tambah Ahli Parlimen Langkawi itu, beliau juga bersyukur melayari alam perkahwinan selama 60 tahun dengan seorang sahaja isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali.

“Saya bersyukur berkahwin selama 60 tahun dengan seorang saja, saya bersyukur dengan itu. Ada juga saya lihat ramai orang bosan dengan satu orang tapi saya tidak,” katanya.

Dr Mahathir mencatat sejarahnya tersendiri apabila dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia buat kali kedua selepas Pakatan Harapan (PH) menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada 9 Mei 2018.

Begitupun, beliau meletak jawatan pada 24 Februari lepas yang menyaksikan pergolakan politik melanda negara sehingga menyebabkan PH pula tumbang dan kini digantikan Perikatan Nasional (PN).

Loading...

Sumber:

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...