SAYA BERTERIMA KASIH MAJLIS PEGUAM SUDI TAMPIL SEBAGAI ‘PEGUAM PEMERHATI’ DALAM SAMAN TERHADAP MUHYIDDIN

Mantan penyelaras parlimen Jasin Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan. Sumber (gambar): Fail TTF

Khairuddin Abu Hassan

ساي برتريما كاسيه مجليس ڤڬوام سودي تمڤيل سباڬاي ‘ڤڬوام ڤمرهاتي’ دالم سامن ترهادڤ محي الدين

Sesungguhnya, saya amat berbesar hati dan tiada halangan kepada Majlis Peguam menjadi pemerhati kepada ‘Saman Pemula’ terhadap keabsahan Muhyiddin Yassin dalam menasihatkan KDYMM Agong untuk mengisytiharkan Proklamasi Darurat.

Dalam masa yang sama saya juga ingin menjemput pihak-pihak lain yang sayangkan prinsip ‘Rule of Law’ harus tampil kehadapan menyelamatkan Perlembagaan serta sistem perundangan kita.

Dalam ertikata yang lain, saya ingin menyeru pihak-pihak lain yang mempunyai integriti yang sama untuk tampil kehadapan.




Kita harus perangi semua pihak yang tidak amanah dan tidak bertanggungjawab dari terus meranapkan sistem perundangan negara yang berkemungkinannya juga bakal mencacatkan keutuhan Perlembagaan negara kita.

Sistem perundangan negara dan Perlembagaan Persekutuan harus dijunjung erat oleh semua pihak tanpa sebarang bentuk komproni.

Kini, sudah sampai masanya untuk kita semua ketepikan segala perbedaan pendapat dalam politik khususnya dan terus bersatu padu kearah melawan segala bentuk salahlaku secara sepadu agar sistem undang-undang negara terus mekar berteraskan keluhuran Perlembagaan Persekutuan.

NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:



Your donation is much appreciated and will go a long way towards helping us serve you better. Click the donate button below to make a contribution (you don't need a Paypal account to donate through Paypal, simply follow the instructions once you click the button).


SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...