Tun Carlos
Mungkin ramai yang terkeliru mengenai poster Tun Carlos pada 28 Julai semalam.
Poster tersebut bertajuk:
SEMUA DIJEMPUT HADIR KE FORUM PERBINCANGAN MENGIKTIRAF KOMUNIS.
(Poster itu nampak seperti saya yang anjur mungkin sebab ada logo “TC” yang selalu saya letak dalam poster yang dibuat oleh saya dan admin dalam setiap artikel di page Tun Carlos)
Sebenarnya ia adalah poster yang dimuat naik bersama artikel bertajuk “FORUM: FAKTA MENGENAI KOMUNIS MALAYA PERLU DIUBAH SEMULA DALAM BUKU SEJARAH”
rujuk link yang berikut:
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=206049816728223&id=170782270254978
Dengan ini saya memaklumkan bahawa saya tidak terlibat dalam apapun penganjuran Forum ini.
Forum ini dianjurkan oleh:
-KLCAH Civil Rights Committee
-Persatuan Persahabatan Berpanjangan KL Selangor
– Persatuan Persahabatan Abad Ke-21
Tujuan artikel dan poster tersebut hanyalah bertujuan untuk menyampaikan dan membuka mata orang ramai mengenai forum yang dianjurkan oleh pihak yang mempunyai Agenda licik untuk mengubah sejarah Malaysia dan mengiktiraf Komunis Bintang Tiga.
Alhamdulillah harini ramai hadirin yang berjiwa patriotik yang sayangkan negara telah hadir dan program forum tersebut nampaknya tidak berjaya menghasut orang ramai untuk mengiktiraf komunis.
