Saya bukanlah sebahagian daripada golongan “uneducated” yang di sebutkan Mahathir Mohamad

Mohd Zulfan Irfan

“Ketika ramai orang muda sama ada menjadi penyokong PH ataupun PAS, kenapa kau pilih menyokong BN?”




Soalan yang paling ramai orang tanya kepada saya sejak dulu.

Jawapan saya mudah.

Kerana saya bukanlah sebahagian daripada “uneducated” yang di sebutkan oleh Mahathir Mohamad Iskandar Kutty.

Saya tidak bergerak mengikut arus membuta tuli. Bahkan ketika orang berkata bahawa Najib Razak mencuri, merompak, membunuh, saya adalah antara yang berfikir, mengkaji, mencari bukti-bukti kenapa mereka berkata demikian.

Walaupun di hina, di kutuk, di keji, di rendah-rendahkan apabila saya mengatakan bahawa beliau di fitnah, tetap juga saya bertahan untuk apa yang saya percaya.

Dalam prinsip pemerintahan, saya di ajar untuk mengikuti jemaah kaum muslimin terbesar. Jangan berpecah belah.

Namun kerana ketagihan manusia kepada apa yang mereka namakan sebagai “DEMOKRASI” menyebabkan kaum muslimin kehilangan tampuk pemerintahan kepada golongan munafik.

Loading...

Saya bukanlah insan mulia. Bukan insan di lidahnya keluar perkataan Allah namun hatinya hati serigala.

Tetapi saya berjuang untuk apa yang saya percaya.

Percaya dengan yakin bahawa diri saya milik Tuhan dan saya dan saya akan kembali kepadaNya.

Ketika saya berkata, khalifah kaum Muslimin, mereka mempersenda, memperli dan memperlekeh kerana pada mereka, tidak wujud khalifah sehingga negara ini runtuh.

Khalifah kaum muslimin itu wujud dalam semua jenis pemerintahan. Hanya saja bagaimana manusia memahami kewujudan itu yang perlu di fikirkan semula.

Jika sekiranya mereka manusia yang berfikir.

———–

Mohd Zulfan Irfan merupakan seorang penulis blog



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...