
Khairuddin Abu Hassan
ساي چابر عبدالله سني انجور ديبت تربوك انتارا ساي دان انور إبراهيم
Ahli Parlimen Kapar ini sebenarnya gemar mengeluarkan kenyataan-kenyataan bodoh yang tidak mempunyai asas sama sekali.
Beliau adalah seorang yang emosional dan senantiasa menyalahkan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam isu Anwar Ibrahim.
Apa yang diperkatakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad memang tepat berdasarkan fakta. Pada realitinya, Anwar Ibrahim hanya pandai bercakap tetapi tidak boleh bekerja.
Lihat saja sejarah krisis matawang pada tahun 1997 dan 1998 menjadi lebih celaru kerana dasar-dasar Anwar Ibrahim yang banyak akur dengan kemahuan IMF yang hampir meranapkan ekonomi negara kita pada waktu.
Malaysia hampir muflis pada waktu itu dengan dasar-dasar ekonomi Anwar Ibrahim yang terlalu akur dengan cara IMF pada tempoh tersebut.
Nasib baik Tun Dr Mahathir Mohamad memintas secara pantas dan memperkenalkan formula beliau tersendiri untuk ‘menambat nilai matawang ringgit’ sehingga Malaysia merupakan negara paling awal terkeluar dari kepompong permasalahan krisis matawang dunia pada waktu itu.
Akhirnya, penyangak matawang yakni george soros, IMF serta Bank Dunia sendiri mengakui formula Tun Dr Mahathir Mohamad dalam menangani krisis matawang amat effektif.
Dalam isu Anwar Ibrahim tidak boleh jadi ‘khalifah’ utama kepada umat Islam khususnya bukan merupakan persoalan politik tetapi ianya adalah bersangkutan dengan hal ehwal agama.
Hukumnya haram bagi kita melantik seseorang yang Nabi tidak mengaku umat untuk dimertabatkan sebagai tokoh pemimpin utama kita.
Jangan izinkan peristiwa kifarah Allah swt keatas kaum Nabi Lut diturunkan semula kepada keseluruhan rakyat serta negara kita.
Sehingga kini, Anwar Ibrahim masih gagal untuk membersihkan namanya yang terpalit dengan kes liwat.
Dari dulu sampai sekarang Anwar Ibrahim tidak berani mengambil sebarang tindakan undang-undang kepada sesiapa saja yang menuduh beliau secara terbuka sebagai seorang peliwat!!
Hingga ke saat ini juga Anwar Ibrahim gagal untuk mengguna kaedah agama seperti ‘sumpah laknat’ kearah menafikan semua tuduhan bagi membersihkan namanya.
Kenapa kes Anwar Ibrahim meliwat azizan abu bakar yang didapati bersalah oleh mahkamah tinggi kuala lumpur pada tahun 1998 senantiasa diungkit oleh Abdullah Sani kononnya Anwar Ibrahim dianiayai?!
Pada zaman Najib Tun Razak sekali lagi Anwar Ibrahim dijatuhkan hukuman penjara meliwat saudara saiful bukhari yang sehingga kini bersuara lantang mengecam perbuatan terkutuk Anwar Ibrahim tetapi malangnya semua pentaksub bangang Anwar Ibrahim termasuk Abdullah Sani diam seribu bahasa!!
Mengapa era kepimpinan Najib Tun Razak yang turut memenjarakan Anwar Ibrahim atas kesalahan meliwat tidak pernah disebut oleh Abdullah Sani?!
Tolong cakap pada Abdullah Sani ‘otak udang’ sekiranya beliau masih mahu menegak ‘benang yang basah’ saya cabar beliau untuk menganjurkan debat terbuka secara ‘live’ antara saya dengan Anwar Ibrahim!!
Saya bersedia berdebat dengan Anwar Ibrahim pada bila-bila masa dan di mana saja!!
Cukup-cukuplah mereka hendak menyalahkan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam isu Anwar Ibrahim ini yang sudah tidak relevan lagi dalam lanskap politik tanahair.
Keputusan PRN Melaka menunjukkan secara jelas rakyat Malaysia sudah menolak percaturan politik lapuk Anwar Ibrahim.
Presiden PKR ini hanyalah seorang kaki penipu yang tersohor di negara kita.
Pada suatu masa dahulu Anwar Ibrahim menipu sudah beberapa kali dan memperbodohkan keseluruhan rakyat Malaysia serta dunia luar kononnya beliau mempunyai cukup jumlah sokongan ahli-ahli Parlimen untuk dicalonkan sebagai Perdana Menteri tetapi akhirnya didapati palsu semata-mata.
Kali yang terakhir Tun Dr Mahathir Mohamad, Datuk Seri Utama Mukhriz Mahathir, Datuk Wira Amiruddin serta Dato Seri Dr Shahruddin turut menyokong Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri tetapi saya hendak tanya Abdullah Sani ‘otak udang’ apa yang terjadi?!
Sesungguhnya, saya ingin menasihati Abdullah Sani ‘otak udang’ cukup-cukup lah perjuangkan perkara yang sia-sia bagi memertabatkan Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia.
Allah swt tidak akan mengizinkan Anwar Ibrahim seorang ‘manusia songsang’ untuk dimertabatkan sebagai ‘khalifah’ utama kepada umat Islam.
Bagi saya Abdullah Sani ini adalah seorang Ahli Parlimen ‘sampah’ yang hanya bercakap ‘sampah’ dan beliau sendiri terlalu busuk dari ‘sampah!!’
Berbaliklah kepada akal fikiran yang waras dan cukup-cukuplah memfitnah Tun Dr Mahathir Mohamad.
WAJIB BACA:
MALAYSIAN POLITICS – THE UGLY AND BITTER TRUTH EVERYONE SHOULD KNOW (PART 1)
