“Saya mencabar Anwar mendedahkan, dalam tempoh 24 jam, nama kesemua 120 MP yang kononnya menyokong pencalonan beliau sebagai Perdana Menteri”
Raggie Jessy Rithaudeen
ساي چابر انور ناماكن كسموا 120 مڤ دالم تيمڤوه 24 جم
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa beliau pernah mendapat sokongan 120 ahli parlimen untuk dicalonkan sebagai Perdana Menteri.
Ini tidak benar, kerana Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi gagal mengumpulkan sokongan ahli parlimen Barisan Nasional dalam bilangan mencukupi untuk melayakkan Anwar sebagai Perdana Menteri.
SENTIASA IKUTI PERKEMBANGAN POLITIK TERKINI MENERUSI www.thethirdforce.net
Samada Zahid telah menipu Anwar atau Anwar sendiri sedang menipu.
Saya tidak hairan jika Zahid yang menipu Anwar, kerana sebelum ini, Zahid menipu pihak Istana kononnya semua ahli parlimen Barisan Nasional menyokong pencalonan Anwar sebagai Perdana Menteri.
Pada 29hb Januari lalu, saya menulis:
Sebagai contoh, apabila Zahid gagal mendapatkan sokongan ahli-ahli parlimen UMNO terhadap pencalonan Anwar sebagai Perdana Menteri, beliau mengutus surat secara rahsia kepada pihak Istana Negara.
Dalam surat itu, Zahid menipu pihak Istana Negara dan Yang Di-Pertuan Agong kononnya seluruh UMNO menyokong pencalonan Anwar.
Surat berkenaan disokong secara bertulis oleh Najib dan dihantar tidak sampai 48 jam selepas Zahid berjumpa dengan Muhyiddin di kediamannya untuk menjanjikan sokongan padu UMNO terhadap kepimpinannya.
Namun, apabila Zahid dan Najib mendapat pengesahan sekumpulan ahli parlimen bahawa mereka bersetuju menarik sokongan terhadap Muhyiddin, Zahid dan Najib tiba-tiba membuat pusingan-U dan memberikan sokongan padu terhadap pencalonan Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri.
Apa pun, untuk memastikan siapa menipu, saya mencabar Anwar mendedahkan, dalam tempoh 24 jam, nama kesemua 120 MP yang kononnya menyokong pencalonan beliau sebagai Perdana Menteri.
