SAYA CABAR ANWAR TUJUK BUKTI HITAM-PUTIH TARIKH TEPAT MAHATHIR KONONNYA PERLU SERAH JAWATAN PERDANA MENTERI

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan (kiri), Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan). Sumber (gambar): TTF

Khairuddin Abu Hassan

ساي چابر انور توجوق بوقتي هيتم-ڤوتيه تاريخ تڤت محضير كونونڽ ڤرلو سراه جاوتن ڤردان منتري

Saya harap ahli-ahli dan penyokong taksub Anwar Ibrahim henti mendendangkan isu lapuk yang tidak berasas kononnya ada perjanjian secara hitam-putih jawatan perdana menteri sepatutnya diserahkan kepada presiden PKR.

Kenyataan-kenyataan tidak berasas yang mentohmahkan seolah-olah Tun Dr Mahathir Mohamad mungkir janji serta gagal untuk serahkan jawatan PM kepada Anwar Ibrahim ketika PH memerintah negara hanyalah satu fitnah semata-mata.

Niat kalangan yang tidak bertanggungjawab ini adalah semata-mata bagi mencemarkan reputasi Tun Dr Mahathir Mohamad.




Bagi saya ungkitan yang tidak berasas ini mesti dihentikan secara kadar segera.

Kaedahnya cukup senang. Sekiranya ada perjanjian bertulis yang ditandatangani oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dengan semua presiden-presiden parti dari PH, sila tampilkan salinannya untuk tatapan keseluruhan rakyat di negara kita.

Saya cabar mana-mana pemimpin dari parti PKR untuk dapatkan salinan perjanjian tersebut sekiranya ada.

Kalau hendak berbohong dan menipu sekalipun janganlah sampai ke tahap yang boleh membuatkan mereka kelihatan bodoh akhirnya.

Perjanjian bertulis secara spesifik untuk Tun Dr Mahathir Mohamad serah jawatan perdana menteri pada Anwar Ibrahim mengikut tarikh yang ditetapkan adalah pendustaan segelintir pemimpin-pemimpin serta ahli-ahli PKR semata-mata.

WAJIB BACA:

Akar umbi ditipu lagi, Zahid sahkan UMNO sokong kerajaan sehingga Ogos – kan dah kata?

Loading...



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...