
‘ساي چابر جاوتن محي الدين، سبب ايت ساي دجاتوهكن’
Bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini mendakwa beliau dijatuhkan disebabkan keputusannya untuk mencabar jawatan presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang kini disandang Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menerusi satu sidang media khas bagi mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Besar Kedah, Mukhriz berkata, ketika ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) ditanya, mereka mengaku “mendapat arahan dari atas.”
Mukhriz turut berkata tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad mengusulkan undi tidak percaya terhadap Muhyiddin menyumbang terhadap tindakan menjatuhkannya di Kedah.
“Tentunya dua tindakan kami inilah penyebab kenapa saya hendak dijatuhkan daripada jawatan Menteri Besar Kedah.”

PETALING JAYA: Bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir hari ini mendakwa beliau dijatuhkan disebabkan keputusannya untuk mencabar jawatan presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang kini disandang Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Menerusi satu sidang media khas bagi mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Menteri Besar Kedah, Mukhriz berkata, ketika ahli-ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) ditanya, mereka mengaku “mendapat arahan dari atas.”
“Saya dimaklumkan bahawa tiada satu pun ADUN-ADUN Beratu namun PKR yang meninggalkan PH, menyatakan bahawa wujud apa-apa masalah yang telah saya cetuskan, sehingga menyebabkan mereka hilang kepercayaan kepada saya.
“Yang mereka menjawab, apabila ditanya alasan di sebalik kehilangan kepercayaan itu, adalah bahawa mereka telah mendapat arahan dari atas.
“Siapa yang dimaksudkan,” tanya Mukhriz.
Mukhriz turut berkata tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad mengusulkan undi tidak percaya terhadap Muhyiddin menyumbang terhadap tindakan menjatuhkannya di Kedah.
“Umum juga mengetahui, bahawa saya mencabar jawatan presiden yang disandang oleh Yang Amat Berhormat Tan Sri Muhyiddin Yassin di dalam pemilihan parti Bersatu.
“Selain itu, Tun Mahathir pula memfailkan usul undi tidak percaya terhadap Muhyiddin di Dewan Rakyat.
“Tentunya dua tindakan kami inilah penyebab kenapa saya hendak dijatuhkan daripada jawatan Menteri Besar Kedah.”
THE THIRD FORCE
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:

