Raggie Jessy Rithaudeen
ساي چابر زاهيد حميدي سلاكو ڤريسيدن امنو جواب توجوه سؤالن اين جك بنر تياد اڬيندا ترسيرت
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi malam semalam memberi jaminan bahawa gabungan UMNO bersama Pas dalam Muafakat Nasional (MN) tidak akan terbubar.
Sebaliknya, beliau berkata hubungan kerjasama antara dua parti itu akan terus diperkasa bukan sekadar menunggu Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tetapi terus dipertahan selepas PRU15.
Zahid pada dasarnya sudahpun bersetuju menerima Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) ke dalam Muafakat Nasional malah mempelawa parti itu menerusi jemputan rasmi Muafakat Nasional.
Memandangkan PPBM sudah menerima pelawaan tersebut secara rasmi, maka Muafakat Nasional kini sah melibatkan tiga parti, iaitu PAS, UMNO dan PPBM.
Persoalannya;
1. Jika Zahid bersetuju untuk duduk bersama PPBM dan PAS bawah satu bumbung, mengapakah beliau menolak untuk duduk bersama kedua-dua parti itu dalam Perikatan Nasional?
2. Jika UMNO benar-benar ikhlas bermuafakat bersama PAS dan PPBM ke arah Pilihan Raya Umum ke-15, mengapa tidak daftarkan sahaja Muafakat Nasional dengan RoS?
3. Adakah Zahid takut pendaftaran Muafakat Nasional akan menyebabkan UMNO terpaksa agihkan banyak kerusi kepada PPBM dan PAS?
4. Apakah ini juga sebabnya Zahid takut membawa UMNO masuk ke dalam Perikatan Nasional?
5. Apakah Zahid takut penyertaan UMNO dalam gabungan berdaftar bersama PAS yang jauh lebih popular dari UMNO akan menyebabkan PAS beransur-ansur jadi parti dominan?
6, Adakah Zahid takut PPBM yang kini hancur berkecai akan berpaut pada sokongan Melayu-Islam terhadap PAS dan UMNO apabila ketiga-tiga parti itu dipaksa menggunakan bendera Perikatan Nasional?
7. Atau adakah Zahid takut penyertaan UMNO dan PAS dalam Perikatan Nasional secara rasmi akan dilihat sebagai ‘endorsement’ kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin dan keputusan mahkamah dalam kes Datuk Seri Najib Tun Razak?
Saya mencabar Zahid untuk menjawab soalan-soalan ini terlebih dahulu sebelum saya mengemukakan soalan-soalan lanjut.
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
