Raggie Jessy Rithaudeen
Saya diberitahu sebentar tadi oleh sumber sahih bahawa Majlis Kempimpinan Tertinggi UMNO ada membincangkan isu kerjasama PPBM-UMNO, di mana perbincangan tersebut disifatkan sebagai “panas dan tidak konklusif.”
Saya turut dimaklumkan bahawa penafian yang dibuat oleh Datuk Seri Bung Moktar bin Radin berhubung perbincangan itu adalah menurut kehendak MKT UMNO, khususnya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Sebab mengapa perkara ini dirahsiakan tidak saya ketahui.
Walaubagaimanapun, saya berharap pihak MKT UMNO lebih bertanggungjawab dalam mengeluarkan kenyataan agar tidak berlaku kejutan kelak.
UMNO harus elak membuat penafian palsu sekiranya tidak ingin mendedahkan apa yang dibincangkan kerana perkara ini boleh merugikan pelbagai pihak, termasuk UMNO sendiri, dalam jangka panjang.
Jika tidak ingin membincangkan sesuatu perkara, cukuplah sekadar memberitahu wartawan “no comment” tanpa perlu buat penafian ataupun memberitahu wartawan secara biadab untuk “balik ke sekolah belajar sejarah.”
SAKSIKAN RESPONS ANEH AHLI MKT UMNO:
