Raggie Jessy Rithaudeen
ساي دتاهن ڤوليس، كمودين دبيبسكن اتس جامينن
Lebih kurang pada pukul 1.30 tengah harii tadi, saya ditahan Ibu Pejabat Polis Ampang Jaya atas tuduhan menghasut menerusi penerbitan semula sebuah artikel yang didakwa ditulis oleh Mohamed Razali, bekas pegawai peribadi Lim Guan Eng.
Saya memberitahu pegawai penyiasat yang mengambil keterangan saya bahawa penulisan itu didakwa daripada Mohamed Razali dan disentuh oleh berpuluh-puluh individu, terdiri daripada netizen, ahli-ahli parti politik dan portal-portal yang bersangkut dengan parti politik, termasuk PAS.
Saya turut menyatakan tujuan saya menyiarkan artikel tersebut ialah untuk membawa kepada perhatian semua kewujudan artikel itu, yang telah saya terbitkan semula pada awal 2019 setelah ianya tular di media sosial.
Saya bertanya kepada pegawai penyiasat mengapa saya ditahan berhubung kes tersebut yang kertas siasatannya dibuka awal 2019, di mana sebelum, ini, saya tidak pernah dipanggil untuk memberi keterangan berhubung artikel itu.
Saya tidak diberikan jawapan yang spesifik, cuma pegawai terdahulu yang menyiasat kes ini didakwa pindah dan menyerahkan kes ini kepada pegawai baharu.
Setelah diambil keterangan, saya dibenarkan jaminan polis dan diberitahu bahawa saya akan dimasukkan ke dalam lokap jika tidak ada pihak yang sudi menjamin.
Polis Ampang Jaya turut bertindak merampas telefon bimbit saya walaupun saya jelaskan bahawa telefon tersebut tidak ada kena mengenanya dengan terbitan-terbitan saya.
Apa pun, saya kini bebas buat ketika atas jaminan polis setelah dijamin oleh seorang kenalan rapat, dan ingin nyatakan dengan jelas bahawa layanan pihak polis terhadap saya amat beradab, professional dan peramah.
Sekian laporan saya.
NOTA: SAYA MEMBUAT PENGUMUMAN-PENGUMUMAN PENTING DARI MASA KE SEMASA EKSKLUSIF MENERUSI SALURAN TELEGRAM BERIKUT:
