Khairuddin Abu Hassan
Kita tidak boleh kompromi dengan kerajaan ‘tebuk atap’ PN yang dipimpin oleh Mahiaddin Md Yassin kerana mereka mempunyai persamaan dengan kalangan kleptokrats.
Kerajaan ‘tebuk atap’ PN adalah kesinambungan versi kleptokrats 2.0 cuma dengan jenama baru.
Kepimpinan Mahiaddin Md Yassin sedang merosakkan negara secara lebih parah. Tiada bezanya dengan zaman kerajaan kleptokrats pada suatu masa dahulu.
Pemimpin-pemimpin kerajaan ‘tebuk atap’ PN adalah ‘kaki penipu’ serta korup dalam pelbagai segi.
Rakyat Malaysia tidak boleh terima kerajaan kleptokrasi dan kerajaan ‘tebuk atap’ PN kerana kedua-dua kerajaan ini mempunyai persamaan yang menjadi liabiliti kepada bangsa mahupun negara.
Kenapa YB Tony Pua takut sangat dengan UMNO? Apa yang meyakinkan YB Tony Pua bahawa UMNO akan ambil-alih kepimpinan negara sekiranya Mahiaddin Md Yassin tumbang?
Sebab itu kita merayu kepada semua pihak henti main politik! Untuk menyelesaikan kemelut negara masakini secara menggunakan kaedah ‘solusi politik’ tidak akan berjaya.
Keseluruhan pemimpin-pemimpin PH harus sokong cadangan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menubuhkan Majlis Pemulihan Negara (MPN) yang bukan berteraskan kepada unsur politik.
Beberapa tokoh-tokoh politik yang dinamakan untuk menganggotai MPN adalah atas kapasiti peribadi bukan mewakili parti-parti politik.
Gabungan dengan golongan professional yang benar-benar mahir dalam sesuatu bidang adalah ‘methodology’ terbaik bagi mentadbir negara buat masa ini.
Kita harus ada ‘cooling off period’ untuk menurunkan suhu politik buat seketika.
Apabila situasi negara menjadi semakin stabil di mana pandemik Covid-19 sudah reda, kedudukan ekonomi menjadi semakin stabil, masalah sosial berjaya dipulihkan dan keadaan semakin normal maka pada waktu itu parlimen boleh dibubarkan untuk PRU15.
Di waktu itu mana-mana parti politik yang bertanding menang besar maka merekalah yang harus terajui kepimpinan negara.
Secara jujur dan ikhlas, saya ingin nasihatkan YB Tony Pua untuk sama-sama menyokong MPN dan turut serta berkempen bagi menrealisasikan keujudan Majlis Pemulihan Negara sebagai alternatif terbaik bagi kita menolak golongan kleptokrats dan kerajaan ‘tebuk atap’ PN dari terus memimpin seterusnya merosakkan negara ini secara lebih parah!
Hanya kaedah MPN ini sajalah solusi terbaik untuk kita sama-sama bangunkan semula Malaysia Baharu.
WAJIB BACA:
Muhyiddin melakukan kesalahan jenayah jika tidak buat laporan polis
