
Khairuddin Abu Hassan
ءساي نصيحتي ماهيا الدين لتق جاوتن سچارا سوكاريلاء
Kes baru Covid-19 melebihi 13,000 meskipun negara kita masih berada dalam ‘total lockdown’ ala kerajaan ‘tebuk atap’ PN.
Semakin lama kita lockdown semakin tinggi kes harian Covid-19.
Perkara ini jelas menunjukkan bahawa kerajaan ‘tebuk atap’ PN telah gagal membendung pandemik Covid-19.
SOP dalam tempoh PKPD terbukti gagal.
Mahiaddin Md Yasin gagal sebagai Perdana Menteri!!
Menteri Kesihatan ‘Spanish fly’ gagal.
Dua orang timbalan menteri kesihatan yang hilang selama ini gagal.
Mahiaddin Md Yasin sila letak jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia secara kadar segera!
Perdana Menteri Malaysia telah gagal dalam tanggungjawab beliau untuk menjaga kesejahteraan serta kebajikan rakyat.
Sekiranya tidak mampu memimpin tolong bersikap amanah antara manusia degan Allah SWT serta manusia sesama manusia.
Jangan biarkan lebih ramai nyawa terkorban akibat Covid-19 dan bunuh diri meningkat setiap hari.
Yang merisaukan lebih daripada 60% dari kes bunuh diri terdiri dari kalangan orang Melayu.
Sudahpun kerajaan gagal melindungi kebajikan rakyat manakala wakil rakyat yang berusaha keras untuk mencari sumbangan dan membantu rakyat pula diarahkan menutup pejabat serta menghentikan bantuan.
Sepatutnya pihak penguatkuasa undang-undang membantu memantau SOP dan memudahkan wakil rakyat menghulurkan bantuan di saat rakyat jelata sedang mengharungi pandemik Covid-19.
Saya menasihati Mahiaddin Md Yasin supaya letak jawatan demi menyelamatkan nyawa rakyat daripada pentadbiran beliau yang lemah mahupun gagal.
Keadaan negara sekarang berada di tahap sangat teruk dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah sendiri menjangkakan kes akan terus meningkat.
Berapa lama lagi rakyat Malaysia perlu menerima padah akibat keangkuhan, kedegilan serta kegagalan kamu?
Jika tidak mampu untuk mentadbir negara; berilah peluang kepada tokoh negarawan yang senantiasa jujur kepada bangsa dan negaranya menubuhkan Majlis Pemulihan Negara bagi ‘reset’ semula Malaysia Baharu.
Tun Dr Mahathir Mohamad adalah seorang tokoh negarawan yang amat ikhlas untuk memacukan semula tanahair tercinta ini ke era yang lebih gemilang tanpa sebarang agenda kepentingan peribadi.
Solusi politik bukan kaedah effektif untuk selesaikan segala kemelut negara yang dihadapi masakini.
Demi untuk selamatkan masa hadapan bangsa serta negara; penubuhan Majlis Pemulihan Negara adalah kaedah terbaik untuk memakmurkan semula negara Malaysia.
Semua pihak harus yakin dengan pengalaman luas tun dr mahathir mohamad dalam menangani krisis serta apa saja kemelut permasalahan negara.
Sesungguhnya juga, tun dr mahathir mohamad amat ikhlas dalam menawarkan diri kearah mengepalai Majlis Pemulihan Negara demi untuk selamatkan seterusnya ‘reset’ semula tanahair yang tercinta ini.
WAJIB BACA:
