Saya pasti hadir ke Kongres anti-Jawi Dong Zong. Ayuh saudara ku, kita berjumpa di sana

Raggie Jessy Rithaudeen

Seperti yang dijanjikan, saya, Raggie Jessy Rithaudeen, akan berada di lokasi kongres perkumpulan pendidik Cina Dong Zong di perkarangan New Era College, Kajang Sabtu ini, bersamaan 28hb Disember 2019 pada pukul 12.30 tengah hari.




Tujuan spesifik saya berada di sana adalah untuk menzahirkan rasa jijik, terhina dan tergurisnya hati saya kerana perkumpulan rasis ini bertegas meneruskan kongres anti-jawi yang anti-Melayu, anti-Islam, anti-perpaduan dan anti-kemakmuran ini biarpun dinasihatkan oleh pihak RoS dan polis untuk tidak berbuat demikian.

Saya bersedia untuk mati demi Allah, agama ku, raja ku, bangsa ku dan negara ku demi mempertahankan maruah agama, bangsa dan negara daripada dipijak-pijak dan diperlekeh oleh mana-mana perkumpulan bukan Islam.

Saya berjanji tidak akan memulakan sebarang provokasi dan hanya berniat mendesak samada pengawal keselamatan, pihak polis ataupun wakil perkumpulan Dong Zong untuk membenarkan saya masuk bersama dua rakan ‘cameraman’ untuk menyampaikan ucapan kepada delegasi kongres.

Biarpun ucapan saya akan tegas, perit dan tajam, ianya akan disampaikan dalam nada yang berseuaian dengan niat menyedarkan perkumpulan Dong Zong natijah sikap dan perbuatan Islamophobic mereka terhadap perpaduan dan kemakmuran negara disamping menyedarkan mereka betapa tersasarnya tanggapan mereka berhubung isu khat dan jawi dari kebenaran.

Saya menggalakkan semua yang hadir untuk melaung-laungkan “Allahuakbar,” “Negara ku Tanah Airku,” “Hidup Jawi” dan “Hidup Khat” serta menasihatkan semua agar tidak melakukan apa-apa perkara yang tidak diingini.

Buktikan, bahawa kita umat Islam mampu bersatu apabila maruah agama, raja, bangsa dan negara kita tercabar.

Sedarlah, bahawa penyatuan kita sahaja sudah cukup untuk cukup menggoyangkan musuh agama dan perpaduan dan mengatasi segala rintangan yang diletakkan oleh pihak musuh untuk memecahbelahkan umat Islam.

Loading...

Ayuh kita bangkit bersama sebagai satu bangsa, satu umat, kerana tidak ada umat manusia yang lain di bumi ini melainkan umat Allah.

Maka ucapkanlah Bismillah, dan beranikan diri anda Sabtu ini untuk melaksanakan tanggungjawab kita sebagai umat Allah.

Wallahu a’lam bish-shawabi



SUBSCRIBE TO US ON YOUTUBE:



YOUTUBE: THE THIRD FORCE

TELEGRAM: Raggie Jessy Rithaudeen

TWITTER: Raggie Jessy Rithaudeen

WEBSITE: raggiejessyrithaudeen.com

Loading...

COMMENTS

Comments

Comments



Loading...