
ءساي ريساو تنتڠ ماس دڤن كيتء – تڠكو غزالياغ
TTF: Sertai saluran Telegram TTF di sini
Parlimen mesti bersidang sebelum proklamasi darurat tamat pada 1 Ogos depan.
Demikian menurut Tengku Razaleigh Hamzah, yang berkata, ahli-ahli Parlimen juga perlu mendesak kerajaan untuk membenarkan Dewan Rakyat dan Negara dibuka dalam kadar segera.
Pada 19hb Jun lalu, TTF menulis:
Penggunaan istilah “secepat mungkin” oleh Yang Di-Pertuan Agong apabila meminta parlimen bersidang berkemungkinan besar bermaksud Seri Paduka Baginda Tuanku mengharapkan Muhyiddin memulakan, dengan kadar segera, prosedur yang diperlukan untuk membolehkan parlimen bersidang.
Ini menjadi nyata apabila kita melihat, bahawa salah satu sebab utama Raja-Raja Melayu bersetuju diadakan segera sidang parlimen adalah untuk membenarkan ahli-ahli Parlimen membahaskan “Pelan Pemulihan Negara” yang diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Dalam pelan inilah Muhyiddin menyatakan komitmennya untuk mengadakan sidang parlimen pada bulan September atau Oktober, sekaligus bermakna Yang Di-Pertuan Agong tidak bersetuju dengan tarikh tersebut dan mahu parlimen bersidang lebih awal.
Jika dikaji bersama titah Yang Di-Pertuan Agong sebelum ini bahawa tidak ada halangan bagi parlimen bersidang di bawah Darurat, amat jelas bahawa Raja-Raja Melayu mahukan Tan Sri Muhyiddin Yassin memberikan notis untuk membolehkan persidangan parlimen diadakan sebelum tamat Darurat.
PETALING JAYA: Parlimen mesti bersidang sebelum proklamasi darurat tamat pada 1 Ogos depan.
Demikian menurut Tengku Razaleigh Hamzah, yang berkata, ahli-ahli Parlimen juga perlu mendesak kerajaan untuk membenarkan Dewan Rakyat dan Negara dibuka dalam kadar segera.
“Jangan tunggu sehingga Oktober baru Parlimen bersidang atau lewat daripada itu.
“Ini bukan lagi soal kuasa untuk mengawal pandemik Covid-19 tetapi nak ‘kawal benda lain’ yang tidak bersangkut paut dengan kedudukan rakyat di negara ini.
“Oleh itu, saya meminta agar semua pihak menandatangani petisyen yang dikemukakan sebagai tanda sokongan kepada gesaan dan sokongan untuk mengadakan sidang Parlimen dalam bulan akan datang ini,” katanya sepertimana yang dilaporkan oleh Utusan Online.
Ahli Parlimen Gua Musang itu berkata demikian menyorot titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 16 Jun lalu bahawa Parlimen perlu bersidang secepat mungkin.
Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun baru-baru ini mencadangkan supaya sidang Parlimen hibrid diadakan akhir Ogos atau minggu pertama September.
Kelewatan sidang Parlimen menyebabkan kemungkinan 25 daripada 65 Ahli Dewan Negara dari parti kerajaan dan pembangkang tidak dapat bersidang secara hibrid dan bersemuka kerana tempoh perkhidmatan mereka kebanyakan berakhir pada Julai dan Ogos nanti.
Sidang Khas Parlimen melibatkan semua wakil rakyat dijadual berlangsung pada awal Ogos hanya untuk meminda Peraturan Mesyuarat supaya Parlimen boleh diadakan secara hibrid.
Ironinya, Menteri Undang-Undang di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Takiyuddin Hassan pula berkata, kaedah persidangan Parlimen belum diputuskan kerajaan sama ada akan berlangsung secara fizikal atau hibrid.
Mengulas lanjut, Tengku Razaleigh berkata, beliau tidak pernah melihat keadaan seperti yang berlaku sekarang sepanjang hampir lima dekad berkecimpung dalam arena politik negara.
Katanya, kerajaan lemah dari segi langkah-langkah untuk membendung wabak Covid-19 yang sekali gus tidak mencapai sasaran yang ditetapkan.
Malah, proklamasi darurat yang diisytiharkan sejak 12 Januari lalu gagal untuk menangani krisis kesihatan yang sudah merekodkan ratusan ribu kes ketika ini.
“Saya risau dengan masa depan kita. Kita tidak perlukan darurat. Ini hanyalah gerakan politik. Tiada kaitan dengan Covid-19,” katanya.
Pada 19hb Jun lalu, TTF menulis:
Penggunaan istilah “secepat mungkin” oleh Yang Di-Pertuan Agong apabila meminta parlimen bersidang berkemungkinan besar bermaksud Seri Paduka Baginda Tuanku mengharapkan Muhyiddin memulakan, dengan kadar segera, prosedur yang diperlukan untuk membolehkan parlimen bersidang.
Ini menjadi nyata apabila kita melihat, bahawa salah satu sebab utama Raja-Raja Melayu bersetuju diadakan segera sidang parlimen adalah untuk membenarkan ahli-ahli Parlimen membahaskan “Pelan Pemulihan Negara” yang diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Dalam pelan inilah Muhyiddin menyatakan komitmennya untuk mengadakan sidang parlimen pada bulan September atau Oktober, sekaligus bermakna Yang Di-Pertuan Agong tidak bersetuju dengan tarikh tersebut dan mahu parlimen bersidang lebih awal.
Jika dikaji bersama titah Yang Di-Pertuan Agong sebelum ini bahawa tidak ada halangan bagi parlimen bersidang di bawah Darurat, amat jelas bahawa Raja-Raja Melayu mahukan Tan Sri Muhyiddin Yassin memberikan notis untuk membolehkan persidangan parlimen diadakan sebelum tamat Darurat.
Apakah sebabnya Raja-Raja Melayu ingin parlimen bersidang sebelum tamat Darurat?
Untuk melihat samada Tan Sri Muhyiddin Yassin mematuhi ‘arahan’ untuk parlimen bersidang segera dan melihat jika kerajaan mampu mempertahankan Pelan Pemulihan Negara apabila dibahaskan.
WAJIB BACA:
#KerajaanGagal: Lafaz ikrar saya kepada Yang DI-Pertuan Agong
